KUCHING: Menteri Muda Pelancongan, Kesenian dan kebudayaan, Datuk Sebastian Ting menyampaikan bendera Sarawak kepada anak perempuan pendaki gunung, Sakia petang kelmarin di pejabat Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) Piasau untuk dikibarkan di Gunung Murut.
Ting berkata, ketinggian Gunung Murut adalah 2,422 meter dan merupakan yang tertinggi di Sarawak.
Beliau berkata, Sakia Dawat akan mendaki gunung tersebut yang mengambil masa selama dua hari dan adalah perlu untuk mengibarkan bendera Sarawak apabila Sakia mencapai tahap tertinggi gunung tersebut.
Seorang ahli geologi dari Sweden, Dr. Eric Mjoberg yang bekerja sebagai curator di Muzium Sarawak adalah orang pertama mendaki gunung tersebut.