Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • KWSP teliti skim pencen bulanan bawah RMK13
  • NASIONAL

KWSP teliti skim pencen bulanan bawah RMK13

Utusan Sarawak 23 hours ago

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengambil maklum pertimbangan kerajaan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) untuk memperkenalkan skim bayaran pencen secara bulanan bagi ahli KWSP. 

KWSP dalam kenyataan memaklumkan cadangan itu sedang diteliti dan sebarang keputusan hanya akan dibuat selepas sesi libat urus yang menyeluruh dengan pihak berkepentingan dan pertimbangan sewajarnya terhadap kepentingan jangka panjang ahli. 

Menurut KWSP buat masa ini, peraturan dan mekanisme pengeluaran kekal seperti sedia ada. 

“Sebarang maklumat lanjut akan dimaklumkan melalui saluran rasmi dari semasa ke semasa,” menurut kenyataan itu. 

Menurut dokumen RMK13 yang dikeluarkan Kementerian Ekonomi semalam, kerajaan akan meneroka satu mekanisme baharu bagi menjamin pendapatan yang berterusan selepas bersara, bertujuan meningkatkan kesejahteraan pekerja. 

Antara langkah dicadangkan ialah pengasingan caruman KWSP kepada dua komponen iaitu simpanan persaraan dan pencen persaraan. 

— BERNAMA

Continue Reading

Previous: KWSP sedia sokong kajian lanjut perkukuh pilihan pendapatan persaraan
Next: PJRM, pendapatan boleh guna antara strategi utama tangani kos sara hidup 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.