Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • KWSP sedia sokong kajian lanjut perkukuh pilihan pendapatan persaraan
  • NASIONAL

KWSP sedia sokong kajian lanjut perkukuh pilihan pendapatan persaraan

Utusan Sarawak 23 hours ago
KWSP sambut baik pertimbangan RMK13 untuk perkenal bayaran pencen bulanan kepada ahlinya.

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengambil maklum pertimbangan kerajaan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) untuk memperkenalkan skim bayaran pencen secara bulanan bagi ahli KWSP.

KWSP dalam kenyataan memaklumkan cadangan itu sedang diteliti dan sebarang keputusan hanya akan dibuat selepas sesi libat urus yang menyeluruh dengan pihak berkepentingan dan pertimbangan sewajarnya terhadap kepentingan jangka panjang ahli.

Menurut KWSP buat masa ini, peraturan dan mekanisme pengeluaran kekal seperti sedia ada.

“Sebarang maklumat lanjut akan dimaklumkan melalui saluran rasmi dari semasa ke semasa,” menurut kenyataan itu.

Menurut dokumen RMK13 yang dikeluarkan Kementerian Ekonomi semalam, kerajaan akan meneroka satu mekanisme baharu bagi menjamin pendapatan yang berterusan selepas bersara, bertujuan meningkatkan kesejahteraan pekerja.

Antara langkah dicadangkan ialah pengasingan caruman KWSP kepada dua komponen iaitu simpanan persaraan dan pencen persaraan.- Bernama

Continue Reading

Previous: Tiada kompromi mengenai standard halal terhadap import AS – Tengku Zafrul
Next: KWSP teliti skim pencen bulanan bawah RMK13

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.