
SIBU: Penutupan sementara separuh jalan di KM28 hingga KM30, Jalan Lapangan Terbang Baru Sibu akan dilaksanakan bermula 4 Ogos hingga 30 September 2025.
Penutupan ini bagi pelaksanaan kerja-kerja pemotongan, pencantasan dan pembersihan batang pokok di sepanjang laluan berkenaan.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan hari ini, penutupan ini bertujuan memastikan keselamatan pengguna jalan raya serta kelancaran kerja-kerja yang dijalankan di lokasi terbabit.
Sehubungan itu, orang awam dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati, mematuhi papan tanda keselamatan yang disediakan dan merancang perjalanan lebih awal bagi mengelakkan sebarang kesulitan.
Oleh Amanda L.