Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Pembinaan jalan Nanga Serau-Nanga Seranau legakan penghuni rumah Panjang – Nanta
  • NASIONAL

Pembinaan jalan Nanga Serau-Nanga Seranau legakan penghuni rumah Panjang – Nanta

Utusan Sarawak 1 day ago
Foto facebook Alexander Nanta Linggi

KUALA LUMPUR: Pengumuman pembinaan jalan dari Nanga Serau, Song ke Nanga Seranau, Kapit, Sarawak memberi kelegaan kepada ratusan keluarga rumah panjang kerana jalan raya itu kelak akan memudahkan mereka ke bandar Kapit.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menerusi catatan di Facebook beliau hari ini berkata pada masa ini ratusan keluarga rumah panjang di kawasan seberang kiri mudik Sungai Batang Rajang bergantung kepada laluan sungai ke bandar Kapit.

“Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pengumuman penting dalam pembentangan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang amat bermakna buat penduduk Kapit.

“Satu projek yang telah lama dinanti-nantikan bakal menjadi kenyataan. Projek ini merupakan sebahagian daripada inisiatif pembinaan dan penaiktarafan 2,800 kilometer jalan luar bandar di seluruh negara dalam tempoh RMK13 (2026–2030).

“Dengan siapnya jalan ini kelak, kawasan di seberang kiri mudik Sungai Batang Rajang – khususnya dari jambatan yang akan dibina menyeberangi Batang Rajang berhampiran Nanga Yong – akhirnya akan dihubungkan terus ke seberang bandar Kapit melalui jalan darat,” katanya.

Ahli Parlimen Kapit itu berkata sebagai wakil rakyat kawasan berkenaan, beliau memahami kesulitan penduduk, dan pengumuman itu memberi harapan baharu serta semangat untuk terus memperjuangkan kemajuan dan akses saksama bagi pedalaman Sarawak.

“Ini adalah bukti bahawa suara rakyat luar bandar terus diberi perhatian dalam agenda pembangunan negara,” katanya.

Sementara itu Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata terdapat keperluan untuk menyusun semula pemikiran, memperkukuh kepimpinan strategik dan membina kesepakatan bersama dalam membawa transformasi sektor pendidikan tinggi, sejajar dengan hala tuju RMK13. 

“Kita memerlukan institusi yang bukan sekadar berfungsi, tetapi memacu melalui keberanian untuk berubah, kesediaan untuk mencuba, dan kepimpinan yang berpandangan jauh.

“Saya menyeru untuk kita bergerak bersama-sama dalam memacu masa depan pendidikan tinggi negara lebih gemilang. Ini bukan soal saya atau mana-mana individu, tetapi ini adalah untuk anak bangsa dan negara kita kelak. Kita bekerja secara satu kumpulan,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.– Bernama

Continue Reading

Previous: Washington kenakan tarif 19 peratus ke atas Malaysia, empat negara ASEAN lain
Next: RMK13 fokus imbangi pembangunan antara wilayah termasuk Sabah, Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.