Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Filipina keluar amaran tsunami selepas gempa bumi kuat landa Rusia
  • GLOBAL

Filipina keluar amaran tsunami selepas gempa bumi kuat landa Rusia

Utusan Sarawak 2 days ago
PEGAWAI polis meminta orang ramai mengosongkan pantai kosong berikutan amaran tsunami di bandar Fujisawa, wilayah Kanagawa pada 30 Julai 2025. Tsunami melanda sebahagian Timur Jauh Rusia dan Jepun pada 30 Julai selepas gempa bumi besar berukuran 8.8 magnitud, dengan amaran diletakkan di sekitar Pasifik tentang gelombang lebih tiga meter (10 kaki) di beberapa tempat. Foto AFP

MANILA:  Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina pada Rabu mengeluarkan amaran kepada penduduk di kawasan pesisir pantai yang menghadap Lautan Pasifik susulan amaran kemungkinan berlaku ombak tsunami setinggi kurang daripada satu meter, selepas gempa bumi kuat melanda Rusia, lapor Xinhua.

Berdasarkan pengiraan magnitud yang disemak semula dan model ombak tsunami daripada Pusat Amaran Tsunami Pasifik, institut itu memaklumkan bahawa gelombang tsunami pertama dijangka tiba antara 1.20 tengah hari dan 2.40 petang waktu tempatan pada Rabu.

RAKAM video ini daripada rakaman edaran dron yang dikeluarkan oleh Perkhidmatan Geofizik Akademi Sains Rusia pada 30 Julai 2025, menunjukkan Severo-Kurilsk yang dilanda tsunami di pulau Paramushir di kepulauan Kuril utara Rusia. Foto AFP

“Ia mungkin bukan yang terbesar dan ombak ini mungkin berterusan selama beberapa jam,” menurut nasihat itu.

“Orang ramai dinasihatkan agar berwaspada terhadap ombak luar biasa. Orang ramai juga diminta menjauhi kawasan pantai dan tidak menghampiri pesisir pantai di beberapa wilayah sehingga amaran ini dibatalkan,” menurut Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina.– Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: Jepun keluar amaran tsunami selepas gempa bumi  magnitud 8.7 landa Rusia
Next: Terkini: Gempa bumi kuat di Russia cetus tsunami di Pasifik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.