Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Messi curi tumpuan pakai jam tangan RM8.46 juta
  • SUKAN

Messi curi tumpuan pakai jam tangan RM8.46 juta

Utusan Sarawak 2 days ago
LIONEL Messi menonton perlawanan dari bangku penonton ketika Inter Miami berdepan FC Cincinnati pada aksi MLS di Stadium Chase, Fort Lauderdale, Florida, Sabtu lalu. Messi dilihat memakai jam tangan Rolex Daytona ‘Barbie’ bernilai hingga RM8.46 juta. – Foto AFP

FORT LAUDERDALE, Amerika Syarikat: Walaupun tidak diturunkan pada aksi terbaharu Inter Miami, Lionel Messi tetap menjadi perhatian apabila muncul di tepi padang sambil mengenakan jam tangan mewah Rolex yang dianggarkan bernilai hingga AS$2 juta (RM8.46 juta).

Bintang Argentina berusia 38 tahun itu digantung satu perlawanan bersama rakan sepasukan Jordi Alba selepas tidak menghadiri perlawanan MLS All-Star.

Akibatnya, kedua-dua mereka terpaksa menonton dari bangku simpanan ketika Inter Miami seri 0-0 menentang FC Cincinnati, Sabtu lalu.

Namun perhatian peminat bukan hanya tertumpu kepada aksi di tengah padang sebaliknya kepada jam tangan eksklusif yang dipakai Messi, dikenali sebagai Rolex Daytona ‘Barbie’, salah satu model paling jarang ditemui di dunia.

Walaupun tiada harga rasmi diumumkan, jam itu dianggarkan bernilai antara AS$800,000 (RM3.38 juta) hingga AS$2 juta dan hanya 10 unit diketahui wujud di seluruh dunia, menjadikannya barang koleksi yang amat eksklusif dan bernilai tinggi.

LIONEL Messi kelihatan ketawa bersama Rodrigo de Paul, pemain baharu Inter Miami ketika menyaksikan perlawanan menentang FC Cincinnati, Sabtu lalu. – Foto AFP

Model Daytona merupakan antara jam kronograf ikonik keluaran Rolex dan varian ‘Barbie’ jarang sekali dilihat dipakai secara terbuka.

Pelakon terkenal Mark Wahlberg turut pernah dilihat mengenakan jam tangan ini awal tahun ini, antara kemunculan pertama jam itu secara umum.

Menariknya, Messi tidak kelihatan memakai jam berkenaan ketika menghadiri konsert Coldplay bersama isterinya, Antonella Roccuzzo di Stadium Hard Rock pada malam Ahad lalu.

Pasangan itu hadir bersama anak-anak mereka ke konsert terakhir siri jelajah Music of the Spheres oleh Coldplay di Amerika Syarikat.

Menurut pemilik Inter Miami, Jorge Mas, Messi dikatakan “amat kecewa” dengan penggantungan satu perlawanan itu, menunjukkan betapa serius komitmennya terhadap pasukan meskipun kini sudah bergelar legenda.

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Pearly- Thinaah kini No.2 dunia
Next: Larian Hospital Miri edisi ke-5 sempena ulang tahun ke-30 pada 1 November

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.