Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Jepun keluar amaran tsunami selepas gempa bumi  magnitud 8.7 landa Rusia
  • GLOBAL

Jepun keluar amaran tsunami selepas gempa bumi  magnitud 8.7 landa Rusia

Utusan Sarawak 2 days ago

TOKYO:  Agensi Meteorologi Jepun pada Rabu mengeluarkan amaran tsunami bagi kawasan  pesisir pantai Pasifik negara itu susulan gempa bumi bermagnitud 8.7 yang melanda perairan berhampiran Semenanjung Kamchatka, Rusia, lapor Agensi Berita Kyodo.

Menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa itu berlaku 126 kilometer (km) ke timur-tenggara Petropavlovsk-Kamchatsky pada kedalaman 18.2 km.

Setakat ini, masih belum diketahui sama ada terdapat kerosakan atau kecederaan di wilayah timur jauh Rusia.

Agensi kaji cuaca Jepun itu berkata tsunami setinggi sehingga tiga meter berkemungkinan melanda pantai di Hokkaido, utara Jepun dan Kepulauan Ogasawara di selatan negara itu.

Agensi itu turut memaklumkan gegaran pada tahap dua skala intensiti seismik Jepun (maksimum tujuh) turut direkodkan di Hokkaido. — Bernama-Kyodo

Continue Reading

Previous: Pakistan bersiap siaga hadapi hujan monsun ketika angka korban banjir hampiri 300
Next: Filipina keluar amaran tsunami selepas gempa bumi kuat landa Rusia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.