Kanak-kanak lelaki 10 tahun lemas di Pantai Lutong

Facebook
WhatsApp
LEMAS…Pasukan perubatan memeriksa keadaan mangsa di lokasi kejadian. Foto PDRM Miri 


MIRI: Seorang kanak-kanak lelaki berumur 10 tahun maut akibat lemas ketika mandi bersama dua rakannya di Pantai Lutong, petang tadi.


Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Mohd Farhan Lee Abdullah mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu sekitar 4.36 petang.

Katanya, kanak-kanak ini merupakan pelajar darjah empat Sekolah Kebangsaan Lutong.

“Kanak-kanak itu disahkan telah meninggal dunia oleh pasukan perubatan  yang tiba di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, malam tadi.

Katanya, kes ini disiasat dibawah laporan mati mengejut (SDR).

Oleh Liong Chai Ling