Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Toh Puan Fauziah, Raja Permaisuri Agong hadir Majlis Perasmian Galeri LAWA di Labuan
  • SEMASA

Toh Puan Fauziah, Raja Permaisuri Agong hadir Majlis Perasmian Galeri LAWA di Labuan

Utusan Sarawak 2 days ago
TOH Puan Fauziah dan Raja Permaisuri Agong telah menghadiri Majlis Perasmian Galeri Kraf Tangan Labuan Warisan (LAWA) sempena Borneo Floral Festival 2025 yang berlangsung pada 9.00 pagi tadi. Foto Astana Negeri Sarawak

LABUAN: Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi, telah menghadiri Majlis Perasmian Galeri Kraft Tangan Labuan Warisan (LAWA) sempena Borneo Floral Festival 2025 yang berlangsung pada 9.00 pagi tadi.

Majlis tersebut disempurnakan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah yang turut berangkat bersama Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar.

Sejurus selesai majlis perasmian, Raja Permaisuri Agong melakukan lawatan ke ruang pameran Galeri LAWA yang menghimpunkan pelbagai hasil kraf tangan, makanan tradisional serta produk hiliran usahawan tempatan bersama Toh Puan Fauziah dan turut diiringi oleh tetamu kehormat lain.

TOH Puan Fauziah dan Raja Permaisuri Agong telah menghadiri Majlis Perasmian Galeri Kraf Tangan Labuan Warisan (LAWA) sempena Borneo Floral Festival 2025 yang berlangsung pada 9.00 pagi tadi. Foto Astana Negeri Sarawak

Toh Puan Fauziah turut berkesempatan melawat Pusat Jualan Kraf Tangan dan Produk Lokal Labuan yang terletak di dalam galeri berkenaan, diiringi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.

Menurut pihak penganjur, Galeri LAWA diwujudkan hasil inspirasi daripada Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah yang pernah menghadiri ke Pameran Kraf Tangan di Dewan Komuniti Kampung Sungai Lada pada November 2024, sekali gus menjadi pemangkin kepada usaha mengangkat kraf tempatan sebagai warisan negara.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Airasia perkenal penerbangan terus KL, Kuching ke Pontianak mulai 12 September ini
Next: Latihan bahasa dan etika untuk pemandu teksi menjelang TMM 2026 – Loke

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.