Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Larian Separuh Maraton Kuching 2025 tarik lebih 3,200 peserta, pacu pelancongan sukan Sarawak
  • SUKAN

Larian Separuh Maraton Kuching 2025 tarik lebih 3,200 peserta, pacu pelancongan sukan Sarawak

Utusan Sarawak 13 hours ago
LARIAN Warisan Separuh Maraton Kuching 2025 mencatat satu lagi kejayaan besar apabila lebih 3,200 peserta, termasuk wakil negara-negara luar, mengambil bahagian dalam acara yang berlangsung meriah di pekarangan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) awal pagi tadi. Foto UKAS

KUCHING: Larian Warisan Separuh Maraton Kuching 2025 mencatat satu lagi kejayaan besar apabila lebih 3,200 peserta termasuk wakil negara-negara luar mengambil bahagian dalam acara yang berlangsung meriah di pekarangan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) awal pagi tadi.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, penganjuran sukan seperti ini bukan sahaja penting dari segi pembangunan gaya hidup sihat, malah mempunyai impak besar terhadap sektor pelancongan wilayah ini.

“Apabila pelari dari luar negara dan luar Sarawak datang ke sini hanya untuk menyertai acara ini, mereka secara tidak langsung menyumbang kepada ekonomi tempatan di mana mereka menginap di hotel, makan di restoran tempatan, dan membeli cenderamata. Ini semua membantu merancakkan industri pelancongan kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang Larian Warisan Separuh Maraton Kuching 2025, di sini, hari ini.

Acara yang dianjurkan oleh Kuching City Joggers Club dengan kerjasama MBKS ini adalah sebahagian daripada sambutan Kuching City Day Festival, dan telah menjadi tarikan tahunan yang semakin mendapat tempat dalam kalangan pelari profesional dan amatur dari dalam dan luar negara.

Antara peserta antarabangsa yang menyertai pada edisi kali ini termasuk pelari dari Hungary, Kenya, Brunei Darussalam membuktikan promosi yang berkesan bagi pelancongan sukan di Sarawak.

Dengan peningkatan jumlah penyertaan saban tahun, Kuching Half Maraton bukan sahaja mencerminkan kejayaan penganjuran acara sukan, tetapi turut menjadi bukti kepada potensi besar Sarawak dalam menjadikan pelancongan sukan sebagai pemacu ekonomi masa hadapan. -UKAS

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: 7 pemain badminton MSS Sri Aman sedia beraksi di Kejohanan MSS Sarawak Bawah 12 di Limbang
Next: 13 pasukan sertai Kejohanan Bola Tampar Antarabangsa Sarawak 2025 di Sibu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.