Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Ops Samseng Jalanan Miri: 13 motosikal disita, 57 saman dikeluarkan
  • JENAYAH

Ops Samseng Jalanan Miri: 13 motosikal disita, 57 saman dikeluarkan

Utusan Sarawak 15 hours ago
DITAHAN…Motosikal yang ditahan dibawa ke Balai Polis Trafik Miri untuk tindakan lanjut. Foto PDRM Miri.

MIRI: Operasi membanteras samseng jalanan akan terus dilaksanakan dari semasa ke semasa bagi mengekang aktiviti tersebut di sekitar Miri, kata Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Mohd Farhan Lee Abdullah.

Menurutnya, operasi itu bertujuan memastikan pengguna jalan raya mematuhi undang-undang serta peraturan yang ditetapkan, sekali gus mewujudkan persekitaran pemanduan yang lebih selamat.


“Operasi ini akan sentiasa dijalankan secara berterusan dari sesmasa ke semasa terhadap pengguna jalan raya.


“Penunggang motosikal dinasihatkan agar sentiasa memandu atau menunggang kenderaan dengan berhemah serta berhati-hati di jalan raya.

“Mereka dinasihatkan agar tidak terlibat dalam aktiviti samseng jalanan, mengubah suai struktur asal kenderaan dan berkumpul di tepi jalan sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas serta bunyi bising yang mengganggu ketenteraman awam.

“Kecuaian pemandu atau penunggang kenderaan boleh mendatangkan bahaya kepada diri sendiri dan juga pengguna jalan raya yang lain,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut Mohd Farhan, pihkanya telah menahan 13 motosikal dalam Ops Samseng Jalanan yang dijalankan di sini bermula 10.00 malam  sehingga 3.00 pagi tadi.

Katanya, kesemua motosikal tersebut ditahan kerana telah diubah suai tanpa mengikut spesifikasi yang ditetapkan.


“Kesemua motosikal itu ditahan mengikut Seksyen 60 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana didapati keadaan motosikal yang telah diubahsuai daripada struktur asal dan juga untuk pemeriksaan selanjutnya.

“Sepanjang operasi ini juga, seramai 13 individu diperiksa dan sebanyak 57 keping saman PDRM (K) 257 dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas,” tambahnya.


Operasi itu dilaksanakan di Jalan Bandaraya Miri, Marina Utama, Jalan Miri-Bypass, Jalan Tanjung Lobang, Jalan Tudan, Jalan Permyjaya dan Jalan Canada Hill.

Operasi ini telah dijalankan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri yang terdiri daripada seorang pegawai kanan polis bersama lapan anggota.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Polis tahan lelaki lepaskan tembakan susulan salah faham alat pam air di Nanga Pelugau
Next: Lelaki tempatan ditahan cuba seludup keluar haiwan eksotik di KLIA Terminal 1

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.