Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • 157 pelajar IPT DUN Opar terima RM500 insentif pendidikan
  • PENDIDIKAN

157 pelajar IPT DUN Opar terima RM500 insentif pendidikan

Utusan Sarawak 13 hours ago
SERAMAI 157 pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Opar menerima insentif pendidikan berupa wang tunai sebanyak RM500 secara sekali bayar (one-off) menerusi Program Insentif Pendidikan N1 Opar 2025. Foto UKAS

LUNDU: Seramai 157 pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Opar menerima insentif pendidikan berupa wang tunai sebanyak RM500 secara sekali bayar (one-off) menerusi Program Insentif Pendidikan N1 Opar 2025.

Insentif tersebut merupakan inisiatif Pusat Khidmat DUN Opar sebagai galakan kepada pelajar yang berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat Asasi, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda di pelbagai institusi pengajian tinggi dalam negara.

Majlis penyerahan insentif berkenaan telah diadakan di Dewan Serbaguna CENTEXS di sini, semalam dan disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Opar, Billy Sujang.

Dalam ucapannya, Billy menzahirkan rasa bangga dengan pencapaian para pelajar yang berjaya melangkah ke menara gading dan menyifatkan kejayaan tersebut sebagai kebanggaan bukan sahaja kepada keluarga dan sekolah, tetapi juga kepada masyarakat dan negeri ini secara amnya.

“Bantuan ini merupakan sumbangan kecil daripada saya sebagai wakil rakyat dan kerajaan Sarawak sebagai tanda sokongan kepada anak-anak DUN Opar dalam meneruskan cita-cita pendidikan masing-masing,” katanya.

Beliau turut menekankan kepentingan pendidikan sebagai asas pembangunan modal insan yang berdaya saing, seiring dengan aspirasi kerajaan Sarawak dalam menjayakan agenda pendidikan percuma dan inklusif di negeri ini.

“Dengan pendidikan, kita bukan sahaja membentuk individu berilmu, tetapi juga masyarakat yang mampu berfikir kritis, berinovasi dan menyumbang kepada pembangunan negeri,” ujarnya.

Billy turut menggesa para pelajar agar menabur bakti kepada masyarakat apabila tamat pengajian kelak dan menjadi ejen perubahan yang membawa kemajuan kepada komuniti khususnya di DUN Opar.

Majlis turut menjadi platform untuk menghargai peranan ibu bapa yang sentiasa menyokong kejayaan anak-anak, di samping menyuntik semangat kepada generasi muda untuk terus cemerlang dalam bidang akademik dan kepimpinan.

Turut hadir Penolong Pegawai Daerah Lundu Anwar Fakhriyuddin Matamit, wakil Setiausaha Majlis Daerah Lundu Justine Charles Gilbert serta wakil Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Lundu, Siti Azira Jose. -UKAS

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Karnival Pendidikan HITS 2025 tawar peluang pengajian dan bantuan pendidikan
Next: Sematan bakal miliki Pusat Matrikulasi, siap 24 bulan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.