Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Kebakaran belukar empat hektar di Baram terkawal, elak pembakaran terbuka
  • KEBAKARAN

Kebakaran belukar empat hektar di Baram terkawal, elak pembakaran terbuka

Utusan Sarawak 1 day ago
TINJAU…Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Lutong Henry Jugah bersama Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd Farhan Lee Abdullah serta wakil NAIM melakuan tinjauan di kawasan kebakaran tanah lapang di Kuala Baram hari ini. Foto BBP Lutong

MIRI: Pemimpin masyarakat di sini digesa supaya memaklumkan kepada penduduk agar mengelak daripada melakukan pembakaran terbuka.

Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Lutong Henry Jugah berkata, beliau memohon kerjasama daripada Ketua Kaum dan Ketua Masyarakat (KMKK) di sekitar Miri untuk menasihati penduduk di kawasan masing-masing untuk tidak membuat pembakaran terbuka terutamanya dalam keadaan cuaca panas dan kering ketika ini.

“Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) Lutong pada awal bulan Julai hingga ke hari ini telah menerima sebanyak 10 panggilan kebakaran rumput.

“Kita juga telah membuat rondaan pada pagi, tengah hari dan malam di sekitar kawasan jagaan balai untuk mempastikan tiada berlaku kebakaran yang lebih besar,” katanya di sini.

TERBAKAR…Tinjauan menggunakan dron menunjukkan kebakaran belukar di Jalan Kuala Baram, hari ini. Foto BBP Lutong

Terdahulu, Henry telah menghubungi pihak NAIM hari ini bagi memohon bantuan penggunaan dron dalam menjalankan peninjauan kawasan kebakaran terbuka yang dilaporkan berlaku di sekitar kawasan tanah lapang di Jalan Kuala Baram.

Bagaimanapun, kebakaran yang melibatkan keluasan empat hektar terkawal dan kawasan itu dikeliling oleh ‘firebreak’ iaitu parit dan Jalan besar.

Susulan itu, Henry berkata, pasukan NAIM telah bersetuju untuk memberikan kerjasama segera dalam operasi pemantauan udara menggunakan dron.

TINJAU…Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Lutong Henry Jugah bersama Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd Farhan Lee Abdullah serta wakil NAIM melakuan tinjauan di kawasan kebakaran tanah lapang di Kuala Baram hari ini. Foto BBP Lutong


“Tinjauan berlangsung pada 12.00 tengah hari bagi menilai tahap kebakaran dan membantu pihak bomba dalam merancang tindakan susulan serta operasi pemadaman yang lebih efektif.

“Kerjasama ini mencerminkan hubungan strategik antara agensi penyelamat dan sektor swasta dalam meningkatkan kecekapan pengurusan bencana, sejajar dengan semangat Sarawak Maju Sehati Sejiwa,” katanya.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: 12 cedera kebakaran kilang kayu di Bintulu
Next: Ladang nanas di Long An Unga terbakar, lebih empat hektar musnah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.