Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Bayi perempuan ditemui tidak bernyawa di longkang Kampung Luak
  • JENAYAH

Bayi perempuan ditemui tidak bernyawa di longkang Kampung Luak

Utusan Sarawak 2 days ago
MAYAT bayi perempuan ditemukan di dalam longkang Lorong Aru 8 Kampung Luak belakang sekolah menengah pagi tadi. Foto PDRM Miri

MIRI: Mayat bayi perempuan ditemukan di dalam longkang Lorong Aru 8 Kampung Luak belakang sekolah menengah sekitar 9.50 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, pihaknya menerima laporan polis dibuat oleh anggota polis yang sedang bertugas di Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri yang menerima panggilan daripada MERS 999 dibuat orang awam mengenai penemuan mayat bayi itu.

Katanya, hasil siasatan awal pihak polis mendapati bayi tersebut telah dijumpai di dalam longkang di tempat kejadian oleh pekerja dari sebuah syarikat swasta yang sedang membuat pemasangan paip bawah tanah di tempat kejadian.

“Bayi dalam keadaan tidak bernyawa, matang dan cukup sifat dengan tali pusat yang telah dipotong,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Beliau berkata, bayi tersebut telah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Umum Miri bagi tujuan bedah siasat.

“Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuka kertas siasatan dan kes disiasat dibawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan yang boleh dijatuhkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali sekiranya disabitkan dengan kesalahan,” katanya.

Pihak PDRM menasihati masyarakat untuk tidak membuat sebarang spekulasi dan memviralkan isu-isu sensitif di media sosial yang mana ia boleh menimbulkan kerisauan dalam kalangan masyarakat tempatan serta mengganggu siasatan pihak polis.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat tentang kejadian diminta tampil untuk membantu siasatan.

Maklumat boleh disalurkan secara terus kepada IPD Miri di talian 085-433400/085-433730 atau Pegawai Penyiasat Insp Nor Sharilazuwan Bin Mohammad di talian 011-23321957.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Kastam Sarawak gagalkan dua cubaan seludup dadah bernilai lebih RM7 juta
Next: Kes pecah masuk kediaman cucu Dr Mahathir, polis teliti rakaman CCTV

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.