
SIBU: Bunyi bising pada waktu pagi pada mulanya disangka bunyi orang sedang bergaduh, rupa-rupanya kekecohan yang berlaku akibat kebakaran melibatkan lima rumah di Kampung Hilir, di sini pagi tadi.
Mangsa, Luqman Daut,33, berkata, dia hanya menyedari kejadian apabila dikejutkan oleh isterinya pada 7.30 pagi, apabila bangun isteri memberitahu ada rumah terbakar.
“Semasa kejadian kami ada empat orang berada di rumah, saya dan isteri, kakak dan abang ipar saya.
“Pada mulanya, kami sangka ada orang gaduh, tak disangka ia adalah kebakaran dan kami terus berlari keluar dari rumah tidak dapat selamatkan apa-apa lagi. Semua dokumen penting, Maykad habis musnah, api marak dengan cepat,” katanya kepada pemberita.

Menurutnya, pada 2003, rumah mereka pernah terbakar dan ini adalah rumah baharu.
“Semasa kebakaran, ibu bapa saya pergi ke kampung di Tanjung Manis. Saya merasa sedih, selain harta benda, enam ekor kucing saya pun tidak dapat diselamatkan.
“Saya bangun, tengok api sudah marak terbakar, apa-apa pun tidak dapat diselamatkan lagi,” katanya.
Oleh Akun Giman