Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Pemuda PSB tidak hargai sumbangan kerajaan
  • TEMPATAN

Pemuda PSB tidak hargai sumbangan kerajaan

Utusan Sarawak 5 years ago

KUCHING: Bangunan Unifor (Unit Hal Ehwal Agama-agama Lain) setinggi 10 tingkat yang berharga RM70 juta akan menjadi mercu tanda baharu di bandar ini, kata Ketua Pemuda Parti Rakyat Sarawak (PRS), Datuk Snowdan Lawan.

Beliau berkata Sarawak terkenal dengan keunikannya kerana budaya yang pelbagai disatukan oleh sikap toleransi beragama, oleh itu Sarawak bakal mempunyai sesuatu yang disebut ‘tempat yang tidak seperti yang lain’.

“Setelah pemindaan selesai, mercu tanda baharu ini akan memperlihatkan keunikan yang  menyatukan kita selama ini, bukan sahaja toleransi beragama di kalangan orangnya tetapi dalam pemikiran, perbuatan dan yang paling penting, semangat inklusif,” tegas beliau semalam.

Beliau berkata tindakan Pemuda Parti Sarawak Bersatu (PSB) mempersoalkan perlunya Kompleks Unifor bernilai RM70 juta yang akan dibina di atas tanah seluas tiga ekar dan menyebutnya sebagai ‘pembaziran’ adalah umpama menentang sumbangan kerajaan negeri.

“Menentang sumbangan kerajaan negeri yang mulia ini untuk masyarakat adalah sama seperti menolak keunikan ini untuk terus berlaku.

“Kenyataan itu juga bersifat mementingkan diri dan tidak inklusif,” jelasnya.

Snowdan berkata beliau percaya semua bantuan lain kepada unit agama lain seperti yang diberikan oleh Unifor selama ini akan berterusan. 

“Pembinaan bangunan baharu ini adalah satu pengiktirafan bagi Unifor.

“Saya ingin memikirkan kesan penyatuan kepada masyarakat kita secara keseluruhan. Kita harus bangga dan menyokong dengan sepenuh hati.

“Tidak ada negeri lain di Malaysia yang melakukan apa yang Sarawak lakukan di bawah kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

“Mesej saya kepada Pemuda PSB jangan menentang hanya untuk mendapatkan publisiti murah,” katanya

Oleh Alexandra Lorna

Continue Reading

Previous: Gedong bakal membangun pesat
Next: Kebakaran belukar cemaskan penduduk

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.