Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Tun Wan Junaidi, Toh Puan Fauziah sertai ‘Unity Walk’ sempena Hari Sarawak 2025
  • SEMASA

Tun Wan Junaidi, Toh Puan Fauziah sertai ‘Unity Walk’ sempena Hari Sarawak 2025

Utusan Sarawak 1 day ago
Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi telah menyempurnakan ‘Flag Off ‘ acara ‘Unity Walk’ yang bermula 7.15 pagi tadi yang dihadiri lebih 5,000 peserta bertempat di Stadium Bandaraya Miri. Foto Astana Negeri Sarawak

MIRI: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi telah menyempurnakan ‘Flag Off ‘ acara ‘Unity Walk’ yang bermula 7.15 pagi tadi yang dihadiri lebih 5,000 peserta bertempat di Stadium Bandaraya Miri.

Ketibaan Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah telah disambut oleh Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian dan isterinya Datin Amar Enn Siok Ean, Menteri Pengangkutan Dato Sri Lee Kim Shin bersama isterinya Datin Sri Kong Shui Lin, Datuk Sebastian Ting dan kehormat yang lain.

Selepas acara ‘Flag Off’, Tun Wan Junaidi dan isteri beliau berkesempatan menyertai lebih 5000 peserta untuk berjalan kira-kira 1 km manakala para peserta meneruskan perjalanan mereka sejauh 2.7 km.

Sejurus selepas menikmati jamuan pagi, Tun Wan Junaidi dan isteri beliau melawat sebahagian daripada pameran pembangunan yang diadakan berdekatan dengan Stadium Bandaraya Miri.

Tun Wan Junaidi amat menyokong penganjuran acara sihat seperti ‘Unity Walk’ ini kerana ianya bukan sahaja menggalakkan gaya hidup yang sihat malah dapat menarik minat ramai penyertaan daripada pelbagai kaum dan keturunan.

Tun Wan Junaidi dan isteri beliau menzahirkan penghargaan kepada seluruh Jawatankuasa yang terlibat dan menyokong penuh aktiviti seperti ini terutamanya sempena Sambutan Hari Sarawak kerana ianya juga meningkatkan kesedaran awam mengenai kepentingan sejarah Sarawak, memelihara perpaduan kaum dan integrasi nasional sebagai asas kepada negara yang harmoni, makmur dan stabil.

Turut hadir Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-kanak dan Kesejahteraan Masyarakat Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Haji Mohamad Abu Bakar Marzuki bersama isterinya Datin Amar Baduyah Haji Bujang serta tetamu kehormat yang lain.

-Astana Negeri Sarawak

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Pendekatan ‘turun padang’ jadi teras penyelesaian masalah projek
Next: Sarawak diiktiraf antara Kluster Perindustrian Peralihan dunia – Abang Johari

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.