Warga emas selamat dalam kemalangan kendiri di Kanowit

Facebook
WhatsApp
SEORANG lelaki waga emas selamat dalam kemalangan kendiri yang berlaku berhampiran Jeti Germai di sini, malam tadi. Foto PGOB Sarawak
 


KANOWIT:
Seorang lelaki warga emas selamat selepas kereta yang dipandunya terbabit dalam kemalangan kendiri berhampiran Jeti Germai di sini, malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada 9.13 malam sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kanowit digerakkan ke lokasi.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, pasukan bomba mendapati kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Viva yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 62 tahun.

“Mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan penyelamat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. 

Pasukan bomba kemudian menjalankan pemeriksaan menyeluruh terhadap kenderaan terbabit bagi memastikan tiada mangsa lain berada di dalamnya.

Pemeriksaan turut dilakukan bagi mengenal pasti sebarang risiko bahaya lain di sekitar kawasan kejadian.


Tambah kenyataan itu, kes tersebut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut selepas pemeriksaan selesai.

Oleh Tarani Lanting

Penjawat awam digesa tingkat kemahiran AI

PETRA JAYA: Penjawat awam perlu memperkukuh penguasaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan tadbir urus digital bagi memastikan perkhidmatan awam negeri terus