Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Bomba Bintangor bertindak pantas musnahkan sarang serangga
  • Tengah
  • WILAYAH

Bomba Bintangor bertindak pantas musnahkan sarang serangga

Utusan Sarawak 12 hours ago

DIMUSNAHKAN…..Sarang serangga berbisa dimusnahkan oleh anggota bomba. Foto BBP Bintangor 

BINTANGOR: Pasukan bomba bertindak pantas memusnahkan sebuah sarang serangga berbisa yang ditemui berhampiran sebuah rumah di Jalan Meradong, petang semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar 6.19 petang. 

“Respons dengan panggilan kecemasan, komander operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) I Ahmad Salim Mokhtar bersama dua orang anggota bomba bergegas ke lokasi. 

“Setibanya di lokasi, didapati sarang serangga berbisa berada berhampiran rumah pengadu,” katanya ketika dihubungi, hari ini. 

Menurut beliau, sarang serangga berbisa dimusnahkan menggunakan tiga tin racun serangga dan obor api. 

“Sarang tersebut berjaya dimusnahkan dalam tempoh lebih kurang 21 minit. 

“Khidmat khas memusnahkan sarang serangga berbisa selesai sepenuhnya pada 7.00 malam,” katanya. 

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Pelajar SMK Julau rasai pengalaman jadi bomba sehari
Next: LKAMB komited urus tapak perkuburan Islam dengan lebih tersusun dan terancang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.