Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Jalan pesisir Sarawak pemacu pembangunan luar bandar nenjelang 2030
  • SEMASA

Jalan pesisir Sarawak pemacu pembangunan luar bandar nenjelang 2030

Utusan Sarawak 1 day ago
SIDANG MEDIA… Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bercakap pada sidang media selepas menyempurnakan majlis perasmian Jambatan Batang Saribas 1 hari ini.

PUSA: Projek rangkaian jalan pesisir yang sedang giat dibangunkan di Sarawak dijangka menjadi pemacu utama transformasi landskap pembangunan luar bandar negeri ini menjelang 2030.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, perasmian Jambatan Batang Saribas 1 merupakan satu pencapaian penting dalam inisiatif ini, kerana ia berperanan sebagai penghubung utama yang menghubungkan kampung dan rumah panjang di sepanjang kawasan pesisir.

Menurut beliau, jaringan jalan pesisir bukan sahaja memudahkan pergerakan penduduk luar bandar, malah turut merangsang pertumbuhan ekonomi serta mempercepatkan usaha pembangunan secara menyeluruh di kawasan berkenaan.

RAKAM KENANGAN…. Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bergambar bersama kenamaan yang lain pada majlis perasmian Jambatan Batang Saribas 1 hari ini.

“Siapnya projek ini rakyat dapat berhubung terus ke Kuching melalui jaringan yang sedang kita bina dan tidak lama lagi kita akan merasmikan Jambatan Lingga yang akan menghubungkan ‘Jalan Utama Kedua’.

“Siapnya infrastruktur ini, pada 2030 rangkaian infrastruktur kita akan menjadi satu rangkaian yang akan menjadi pemacu utama dalam pembangunan luar bandar,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan majlis perasmian Jambatan Batang Saribas 1 di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Abang Johari berkata jambatan berkenaan bakal membuka lebih banyak peluang kegiatan ekonomi, termasuk pembangunan pertanian moden di kawasan pesisir.

“Saya juga mengucap terima kasih kepada rakyat di kawasan Betong yang telah memberi kerjasama dalam kita melaksanakan projek yang besar yang mana kos projek ialah lebih kurang RM375 juta,” tambahnya.

Terdahulu, beliau turut melancarkan penubuhan Agensi Pembangunan Wilayah Betong (BDDA) yang akan menjadi pemacu pembangunan strategik di kawasan itu.

Pada majlis sama, beliau turut mengumumkan kelulusan beberapa permohonan pembangunan termasuk pembinaan semula Pejabat Daerah Betong dan Pejabat Majlis Daerah Betong, menaik taraf kemudahan elektrik ke Fasa 3 di Bahagian Betong serta pembangunan Agropark di Beladin, Pusa.

Abang Johari kemudiannya meneruskan lawatan kerja ke Penempatan Semula Nelayan Beladin bagi menyerahkan kunci kepada dua penerima serta menyampaikan Bantuan Sara Hidup Beladin 2025.

Beliau juga meninjau tapak projek pembangunan Tebingan Beladin, Pusa yang melibatkan kos sebanyak RM45 juta. – UKAS

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: MATTA Fair Sibu, Sarawak Travel Fair 2025 di Swan Square Sibu, 26-27 Julai
Next: Jambatan Batang Saribas 1 dibuka rasmi, tamatkan penantian penduduk pesisir Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.