Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Rasuah projek pembinaan pusat data: Suspek utama bakar wang hampir RM1 juta – SPRM
  • JENAYAH

Rasuah projek pembinaan pusat data: Suspek utama bakar wang hampir RM1 juta – SPRM

Utusan Sarawak 22 hours ago

KUALA LUMPUR:  Pengurus projek syarikat pembinaan terkemuka yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terbabit rasuah berkaitan tender projek pembinaan pusat data, sanggup membakar wang tunai hampir RM1 juta bagi menghapuskan bukti.

Menurut sumber SPRM, suspek bertindak demikian kerana terkejut dengan serbuan dijalankan suruhanjaya itu.

Sumber memaklumkan ketika serbuan di kediaman suspek di Petaling Jaya pada Khamis lepas, pasukan pegawai telah menemukan wang kertas RM100 yang keseluruhannya berjumlah hampir RM1 juta dalam keadaan terbakar.

“Suspek dipercayai bertindak nekad mengambil beberapa bungkusan wang tunai dan cuba melupuskannya dengan membakarnya setelah melihat kehadiran sepasukan pegawai SPRM.

“Selepas pintu rumah berjaya dibuka, pasukan SPRM yang membuat serbuan mendapati keadaan dalam rumah berkenaan dipenuhi asap tebal berpunca dari sebuah bilik mandi. Hasil pemeriksaan dijalankan di bilik mandi berkenaan, SPRM menemukan wang kertas RM100 berjumlah hampir RM1 juta yang sudah terbakar,” katanya.

Menurut sumber, hasil pemeriksaan menyeluruh di kediaman itu SPRM turut menemukan wang tunai berjumlah kira-kira RM7.5 juta yang disimpan di dalam beberapa kotak bantal, tiga utas jam tangan jenama Rolex, Omega dan Cartier selain barang kemas seperti cincin serta syiling emas.

Sumber memaklumkan kesemua barangan berkenaan kemudian disita SPRM bagi tujuan siasatan lanjut.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya ketika dihubungi mengesahkan perkara berkenaan.

Beliau berkata tindakan suspek cuba melupuskan bahan bukti merupakan satu kesalahan serius serta boleh didakwa di bawah Seksyen 201 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, Ahmad Khusairi berkata fokus utama siasatan kes berkenaan adalah di bawah Seksyen 16 dan Seksyen 17A Akta SPRM 2009.– Bernama

Continue Reading

Previous: Man runs ‘amok’ in Tabuan Desa, damages properties and alarms residents
Next: Mayat lelaki ditemui di stor Kampung Datu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.