Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Super Cup Badminton Saratok kembali 23-24 Ogos depan, tawar hadiah lumayan
  • SUKAN

Super Cup Badminton Saratok kembali 23-24 Ogos depan, tawar hadiah lumayan

Utusan Sarawak 22 hours ago
PERTANDINGAN Super Cup Badminton Terbuka Sarawak 2025 yang dijadual berlangsung pada 23 dan 24 Ogos depan. Foto: WFC Badminton Club

SARATOK: Kelab Badminton WFC bakal menganjurkan Pertandingan Super Cup Badminton Terbuka Sarawak 2025 yang dijadual berlangsung pada 23 dan 24 Ogos depan bertempat di Dewan Masyarakat Sri Krian, di sini.

Menurut jurucakap penganjur, pertandingan ini menampilkan kategori berpasukan lelaki dengan format unik membabitkan tiga regu bagi setiap pasukan.

Regu pertama akan menampilkan pemain berusia 16 tahun ke atas, regu kedua untuk pemain 35 tahun ke atas, manakala regu ketiga diwajibkan kepada pemain 45 tahun ke atas.

Setiap pasukan perlu mendaftarkan minimum enam dan maksimum sembilan pemain, tidak termasuk pengurus. Hanya tiga pemain simpanan dibenarkan dan seorang pemain hanya boleh beraksi dalam satu regu sahaja.

Pertandingan ini turut menawarkan hadiah wang tunai lumayan dengan juara membawa pulang RM5,000 berserta pingat, naib juara RM2,000 beserta pingat dan tempat ketiga RM800 bersama pingat.

Yuran penyertaan ditetapkan sebanyak RM480 setiap pasukan, dan pembayaran boleh dibuat ke akaun WFC Badminton Club (07800024928, Hong Leong Bank).

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 15 Ogos 2025 (Jumaat) pada 11.59 malam. Hanya 20 pasukan terawal yang lengkap mendaftar dan membuat pembayaran akan diterima.

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Wong Hui Ching di talian 019-8769939 atau Lee Tze Hai di talian 012-7827529.

Oleh Adi Safarman

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Indonesia berdepan laluan getir ke Piala Dunia
Next: Terbuka Jepun: Pearly-Thinaah, Sze Fei-Nur Izzuddin tempah slot suku akhir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.