Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Projek lebar Jalan Kapor bernilai RM400,000 bermula 26 Julai ini
  • Tengah
  • WILAYAH

Projek lebar Jalan Kapor bernilai RM400,000 bermula 26 Julai ini

Utusan Sarawak 1 day ago
DEMI KEMUDAHAN RAKYAT….Joseph Chieng menyaksikan penyerahan projek melebarkan Jalan Kapor daripada Gelo Baring (lima kiri) kepada Martin Saba (dua kiri) di Jalan Kapor, hari ini.

SIBU: Kerja menaik taraf dan melebarkan Jalan Kapor, meliputi laluan sepanjang 412.7 meter dari Jalan Selangan hingga ke Lorong Kapor 2, akan bermula pada 26 Julai ini.

Projek tersebut diperuntukkan sebanyak RM400,000 di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) 2024.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek, Joseph Chieng, berkata projek ini melibatkan pelebaran jalan sedia ada daripada 5.5 meter kepada 7.5 meter demi keselamatan pengguna jalan raya dan pejalan kaki.

“Jalan Kapor adalah jalan perumahan dengan standard lebar 5.5 meter. Namun, ia kini menjadi laluan pintas dari Jalan Aman ke Jalan Dr Wong Soon Kai, menyebabkan aliran trafik tinggi dan kerap berlaku kemalangan,” katanya.

Menurut Joseph, penduduk di kawasan tersebut telah memohon agar jalan tersebut dilebarkan demi keselamatan semua pengguna.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan majlis penyerahan projek daripada Majlis Perbandaran Sibu (MPS), selaku agensi pelaksana, kepada kontraktor, Sabacon Construction.

MPS diwakili oleh Penolong Jurutera Gelo Baring, manakala Martin Saba mewakili pihak kontraktor.

“Keadaan jalan yang sempit, ditambah dengan bahu jalan dan longkang yang telah runtuh, menjadikan kawasan ini sangat berbahaya, terutamanya pada waktu malam. Atas sebab itu, saya menggunakan peruntukan RTP untuk menaik taraf laluan ini,” jelasnya.

Projek itu turut melibatkan pembinaan sebuah jambatan sepanjang 34 meter. Dengan pelebaran satu meter di kedua-dua belah jalan, ia dijangka meningkatkan tahap keselamatan dengan ketara.

Beliau optimis projek tersebut dapat disiapkan lebih awal daripada tempoh enam bulan yang dijadualkan.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Setiausaha Kerajaan Sarawak terima kunjungan hormat delegasi UiTM Sarawak
Next: Projek naik taraf Esplanade Simunjan bermula, dijangka siap April 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.