Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Bakal siap 5 Ogos tahun depan
  • TEMPATAN

Bakal siap 5 Ogos tahun depan

Utusan Sarawak 5 years ago
PERASMIAN… Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali dalam upacara gimik dengan mengendalikan jentera pengorek tanah sebagai simbolik perasmian Majlis Pecah Tanah dan Penyerahan Projek Pembesaran Jalan Tan Sri Abang Ikhwan Zaini di Bulatan Jalan Tan Sri Ikhwan Zaini,Kuching. Foto ANDRE OLIVEIRO

KUCHING: Projek pembesaran Jalan Tan Sri Abang Ikhwan Zaini di Kampung Semerah Padi bakal siap sepenuhnya pada 5 Ogos tahun depan.

Majlis pecah tanah projek berkenaan disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sarawak bagi kawasan N7 Samariang, Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.

“Projek menaik taraf jalan empat lorong ini menelan belanja RM5.2 juta dan ia akan bermula hari ini (Ogos),” katanya ketika ditemui media selepas majlis pecah tanah di sini, semalam.

Tambahnya, setelah siapnya projek itu nanti ia bakal mengubah landskap kawasan Kampung Semerah Padi yang mana pada ketika ini mengalami kesesakan lalu lintas yang teruk.

“Ini adalah satu perkembangan yang baik untuk penduduk kawasan sekitar oleh kerana projek ini hanya mengambil masa 12 bulan,” ujarnya.

Beliau turut menasihati orang awam yang menggunakan jalan ini supaya sentiasa bersabar kerana mereka bakal berdepan dengan keadaan lalu lintas.

“Sebelum ini, pengguna jalan raya di kawasan ini berdepan dengan kesesakan teruk setiap hari sepanjang 600 meter, kita merasakan sudah tiba masanya jalan raya di sini dinaik taraf,” katanya.

Jalan Tan Sri Abang Ikhwan Zaini akan dinaik taraf sepanjang 1.7 kilometer.

Continue Reading

Previous: Bomba Batu Niah bersihkan kawasan pokok tumbang
Next: Istilah JKKK dikekalkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.