Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Masing sokong gesaan bina CIQ di Kapit
  • TEMPATAN

Masing sokong gesaan bina CIQ di Kapit

Utusan Sarawak 5 years ago

KUCHING: Timbalan Ketua Menteri Sarawak II, Tan Sri Datuk Amar James Jemut Masing, menyokong penuh gesaan bagi pos Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) dibina di Tapak Megah di Bahagian Kapit yang terletak 20 kilometer dari sempadan dengan Kalimantan, Indonesia.

Beliau berkata, pos itu perlu untuk mengekang kegiatan rentas sempadan secara haram dan penyeludupan barang seperti petrol dan gula ke Long Nawang, sebuah penempatan di Kalimantan dengan populasi 5,000 orang.

“Perlu ingat, pembinaan CIQ di Tapak Megah juga mampu mengawal dan mengurangkan kemasukan pendatang tanpa izin ke Sarawak,” katanya dalam kenyataan semalam selepas menerima kunjungan hormat Komander Briged Pasukan Gerakan Am (PGA) Sarawak SAC Mancha Ata.

Ahli Parlimen Hulu Rajang, Datuk Wilson Ugak Kumbong, mencadangkan pada sidang Dewan Rakyat baru-baru ini bahawa CIQ patut dibina di Tapak Megah, serta di Long Singut di Baleh, untuk membendung kegiatan rentas sempadan secara haram.

Katanya tiga empangan utama di Sarawak — Bakun, Baleh dan Murum — terletak dalam kawasan yang diwakilinya, yang tidak jauh dari sempadan Sarawak-Kalimantan, dengan itu memerlukan pewujudan CIQ untuk meningkatkan kawalan keselamatan.

Masing, yang juga Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak berkata, usaha bagi perubahan demografik sosial yang mantap perlu dimulakan secepat mungkin untuk menangani isu penghijrahan penduduk dari Long Singut dan Kem Pandora dekat Sungai Baleh. 

“Sebelum Empangan Baleh beroperasi, mereka yang tinggal di kawasan rendah perlu dipindahkan dan berhijrah. Langkah menaik taraf jalan balak sedia ada yang menghubungkan Long Singut ke Kem Mantan akan memudahkan pergerakan dari kawasan penempatan Kenyah di Long Singut dan Kem Pandora ke Long Busang.

“Dari situ, mereka boleh meneruskan perjalanan ke kawasan Projek Hidroelektrik Bakun dan Belaga,” katanya.- Bernama

Continue Reading

Previous: Bomba Batu Niah bersihkan kawasan pokok tumbang
Next: Istilah JKKK dikekalkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.