Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Doa Ekumenikal Hari Sarawak 2025 semarakkan semangat keharmonian
  • Selatan
  • WILAYAH

Doa Ekumenikal Hari Sarawak 2025 semarakkan semangat keharmonian

Utusan Sarawak 1 day ago
PENGERUSI penganjur Harry Pudun, Ambrose Linang, dan John Para dari BEM bergambar bersama ahli jawatankuasa penganjur acara yang lain di CEWC, Kuching, hari ini. 

KUCHING: Persatuan Gereja-Gereja di Sarawak (ACS) akan menganjurkan Doa Ekumenikal Sempena Hari Sarawak 2025 pada 17 Julai ini, bermula 7.30 malam di Pusat Ibadah Ekumenikal Kristian (CEWC), Jalan Stampin di sini.

Bertemakan ‘Doa untuk Kehidupan yang Diberkati – Sarawak Maju Makmur’, majlis doa ini bertujuan memperkukuh perpaduan dan semangat keagamaan dalam kalangan rakyat sempena sambutan Hari Sarawak.

Setiausaha Agung ACS, Ambrose Linang, berkata majlis ini dianjurkan dengan kerjasama Misi Evangelikal Borneo (BEM) sebagai tuan rumah, manakala jawatankuasa penganjur utama diketuai oleh Harry Pudun.

Majlis akan dimulakan dengan upacara menaikkan Jalur Gemilang dan Ibu Pertiwiku oleh pasukan The Boys’ Brigade dan The Girls’ Brigade, diikuti dengan bacaan doa dan ayat suci dalam enam bahasa utama iaitu Bahasa Malaysia, Inggeris, Mandarin, Bidayuh Biatah, Iban dan Tamil.

Rt. Revd Datuk Donald Jute akan mengetuai Doa Pembukaan serta menyampaikan Benediksi pada akhir majlis, bersama ketua-ketua gereja yang lain.

Menurut Ambrose, antara intipati utama ibadat ini ialah doa memohon kesejahteraan kepimpinan negeri dan negara termasuk Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri dan Toh Puan, Premier Sarawak, kabinet negeri, wakil rakyat, pasukan keselamatan dan pihak berkuasa agar terus berkhidmat dengan hikmah dan amanah demi menjamin kebebasan beragama, kestabilan politik dan keharmonian sosial.

“Doa turut dipanjatkan untuk perpaduan gereja, kekuatan institusi keluarga, kesejahteraan belia sebagai pewaris masa depan, dan keamanan dunia agar keadilan dan kebenaran terus ditegakkan,” katanya.

Beliau turut mengajak umat Kristian di Kuching dan sekitarnya untuk hadir dalam semangat kesatuan dan solidariti ke arah Sarawak yang lebih makmur, sejajar dengan visi PCOS 2030 dan semangat ‘Segulai Sejalai’.

Majlis akan diserikan dengan sesi pujian dan penyembahan yang dipimpin oleh pasukan gabungan BEM serta nyanyian himne jemaat.

Pemimpin Kristian dalam kerajaan negeri dan persekutuan, ketua jabatan serta wakil kumpulan antara agama seperti Buddha, Hindu, Sikh dan Baha’i turut dijemput hadir sebagai simbol sokongan terhadap keharmonian antara kaum dan kepercayaan.

Perkhidmatan doa serupa turut akan diadakan serentak oleh cawangan ACS di seluruh Sarawak, sebagai lambang perpaduan rohani umat Kristian di negeri ini.

Oleh Norman B.

Continue Reading

Previous: Taman Phoenix park to be upgraded under Projek Rakyat, MPP committed to residents’ welfare
Next: APM Lawas musnahkan sarang tebuan atas bumbung perpustakaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.