Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Sesi santai Rosey Yunus bersama ketua masyarakat fokus aspirasi komuniti
  • Utara
  • WILAYAH

Sesi santai Rosey Yunus bersama ketua masyarakat fokus aspirasi komuniti

Utusan Sarawak 1 day ago
ALBUM…Datuk Rosey Yunus rakam gambar pada pertemuan dengan KMKK kawasan Niah di salah sebuah kedai makan di Simpang Sepupok di sini hari ini.

NIAH: Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu, Datuk Rosey Yunus, mengadakan pertemuan santai bersama Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) dari kawasan Niah, hari ini.

Sesi ringkas itu berlangsung santai di kedai makan di Simpang Sepupok, Jalan Persisiran Pantai Miri-Bintulu bertujuan memperkukuh hubungan serta membincangkan isu pembangunan di kawasan masing-masing.

Menurut Rosey, pertemuan tersebut menjadi wadah penting untuk mengeratkan jaringan kepimpinan akar umbi selain menyentuh aspirasi dan isu setempat dalam suasana muafakat.

“Perjumpaan ini menjadi wadah memperkukuh jaringan kepimpinan akar umbi serta menyentuh isu setempat dan aspirasi komuniti dalam suasana yang penuh semangat muafakat,” katanya.

Turut hadir Penghulu Epat Bakar, Penghulu Pui Kuan Phen, Penghulu Dr Wan Fauzi, Kapitan William Thien, Kapitan Ho, Kapitan Chiew, KK Zehan Nyaman, KK Zunita, KK Sapri Noh, Tuai Rumah Selan, serta Kaunselor Chong Tet Fat.

Oleh Adum Liu

Continue Reading

Previous: Hata Kiprawi, Fatimah Puteh juara qari, qariah tilawah al-Quran
Next: Ular dalam bilik mandi, Bomba Bintangor bertindak pantas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.