Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 42 pertubuhan di DUN Krian terima peruntukan MRP RM272,000
  • WILAYAH

42 pertubuhan di DUN Krian terima peruntukan MRP RM272,000

Utusan Sarawak 2 days ago
ADUN Krian, Friday Belik hadir pada Majlis Penyerahan Cek MRP Fasa 1 2025 yang berlangsung di Dewan Pejabat Daerah Saratok, hari ini. Foto Pusat Khidmat ADUN Krian

SARATOK: Sebanyak 42 Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Biro Wanita, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah serta kelab dan persatuan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Krian telah menerima cek berjumlah RM272,000 keseluruhan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Krian, Friday Belik menasihatkan agar semua penerima sumbangan memaklumkan penerimaan bantuan itu kepada ahli-ahli JKKK serta ahli-ahli persatuan masing-masing bagi memastikan ketelusan dan semua penduduk rumah panjang serta ahli persatuan mengetahui tentang peruntukan yang telah diberikan.

“Saya berharap dana ini digunakan sebaik mungkin untuk menjalankan aktiviti yang telah dirancang demi manfaat komuniti,” katanya.

ADUN Krian, Friday Belik hadir pada Majlis Penyerahan Cek MRP Fasa 1 2025 yang berlangsung di Dewan Pejabat Daerah Saratok, hari ini. Foto Pusat Khidmat ADUN Krian

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Majlis Penyerahan Cek Projek Kecil Luar Bandar (MRP) Fasa 1 2025 yang berlangsung di Dewan Pejabat Daerah Saratok, hari ini.

Beliau turut mengingatkan semua penerima supaya menghantar laporan lengkap berkaitan perbelanjaan kepada Pusat Khidmat ADUN Krian untuk tujuan rekod dan pemantauan. 

Katanya lagi, kegagalan berbuat demikian boleh menjejaskan kelulusan permohonan peruntukan pada masa akan datang.

Dalam majlis sama, beliau turut menggalakkan mereka yang memerlukan peruntukan untuk membuat permohonan secara rasmi dengan mengisi borang permohonan MRP.

Sementara itu, majlis penyerahan cek itu bertujuan untuk memperkasa komuniti setempat serta menyokong pelaksanaan aktiviti kemasyarakatan di kawasan luar bandar khususnya dalam DUN Krian.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 1,774kg barangan kitar semula dikumpul di Lubok Antu
Next: 10 tapak PMR 2025 Sarikei dikenal pasti, fokus baik pulih jalan dan kemudahan asas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.