Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 32 pertubuhan terima peruntukan MRP
  • WILAYAH

32 pertubuhan terima peruntukan MRP

Utusan Sarawak 2 days ago
AHLI Parlimen Betong, Dato Dr Richard Rapu menyampaikan sumbangan cek peruntukan MRP kepada penerima hari ini. Foto Pusat Khidmat Betong

BETONG: Sebanyak 32 kelab, agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di kawasan Parlimen Betong telah menerima sumbangan menerusi peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) dalam majlis yang berlangsung di Pusat Khidmat Betong, hari ini.

Ahli Parlimen Betong, Dato Dr Richard Rapu berkata, pemberian sumbangan itu adalah sebahagian daripada usaha menyokong pelaksanaan program dan aktiviti yang memberi impak langsung kepada komuniti setempat.

“Sumbangan ini diharap dapat memperkasa aspek sosial, kebajikan serta pembangunan masyarakat setempat. 

“Kita mahu ia dimanfaatkan sepenuhnya oleh penerima demi kebaikan bersama,” katanya semasa menyampaikan ucapan dalam majlis tersebut.

AHLI Parlimen Betong, Dato Dr Richard Rapu menyampaikan sumbangan cek peruntukan MRP kepada penerima hari ini. Foto Pusat Khidmat Betong

Majlis penyerahan sumbangan itu menyaksikan pelbagai entiti tempatan menerima dana untuk melaksanakan projek dan program yang menyasarkan kesejahteraan masyarakat di kawasan Parlimen Betong.

Dr Richard turut menzahirkan komitmennya untuk terus menyokong inisiatif-inisiatif yang mampu meningkatkan taraf hidup rakyat luar bandar selaras dengan agenda pembangunan kerajaan negeri dan Persekutuan.

Turut hadir ialah Pegawai Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), Tony Malang dan Pegawai dari Pusat Khidmat Layar, Kaunselor Horace Entoi.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: APM Marudi berjaya tangkap ular sawa sepanjang 1.4 meter
Next: 1,774kg barangan kitar semula dikumpul di Lubok Antu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.