Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • APM Marudi berjaya tangkap ular sawa sepanjang 1.4 meter
  • Utara
  • WILAYAH

APM Marudi berjaya tangkap ular sawa sepanjang 1.4 meter

Utusan Sarawak 2 days ago
ANGGOTA APM Marudi berjaya menangkap seekor ular sawa sepanjang 1.4 meter di Jalan Wawasan, Kampung Cina, Marudi.

MARUDI: Seekor ular sawa sepanjang kira-kira 1.4 meter berjaya ditangkap oleh anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Marudi di Jalan Wawasan, Kampung Cina Marudi, awal pagi tadi.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Marudi, Mirwan Shah Masri berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada seorang penduduk kampung tersebut, Mohd Fazrin Azizul Abdullah, berhubung penemuan reptilia berkenaan pada 4.20 pagi.

Menurutnya, sebaik menerima maklumat, anggota APM dari Skuad Alpha segera digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 3.4 kilometer dari Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Marudi bagi menjalankan operasi menangkap ular tersebut.

“Sebaik tiba di lokasi, anggota Skuad Alpha bertemu dua orang penghuni yang menunjukkan kedudukan ular itu,” katanya.

Operasi menangkap ular berkenaan mengambil masa kira-kira 20 minit menggunakan penjerut dan peralatan khas.

Oleh Jiku Juguong

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: SK St. Anthony bakal miliki kawasan parkir baharu, atasi isu kesesakan dan keselamatan
Next: 32 pertubuhan terima peruntukan MRP

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.