Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • SMK St. Luke Sri Aman Johan Forum Remaja Madani Peringkat Sarawak 2025
  • PENDIDIKAN

SMK St. Luke Sri Aman Johan Forum Remaja Madani Peringkat Sarawak 2025

Utusan Sarawak 3 days ago
PASUKAN Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St. Luke, Sri Aman diumumkan sebagai johan Pertandingan Forum Remaja Madani Piala Pusingan Yang di-Pertua Negeri Peringkat Sarawak 2025 yang berlangsung di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sarawak, di sini, hari ini. Foto UKAS

PETRA JAYA: Pasukan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St. Luke, Sri Aman diumumkan sebagai johan Pertandingan Forum Remaja Madani Piala Pusingan Yang di-Pertua Negeri Peringkat Sarawak 2025 yang berlangsung di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sarawak, di sini, hari ini.

Kemenangan tersebut membolehkan pasukan berkenaan membawa pulang piala pusingan, wang tunai RM2,500, buku terbitan DBP serta sijil pengiktirafan dan akan mewakili Sarawak ke peringkat kebangsaan yang dijadualkan berlangsung pada 11 dan 12 Ogos ini.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang turut diiringi oleh isteri beliau, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi.

Pasukan SMK St. Luke turut mencatat kejayaan berganda apabila dua anggotanya meraih Anugerah Khas iaitu Pengerusi Terbaik yang dimenangi oleh Kaisarruzzaman Muhammad Kamarulnizam dan Ahli Panel Terbaik menerusi Mohammad Suffian.

Masing-masing menerima wang tunai RM300, buku DBP dan sijil pengiktirafan sebagai penghargaan.

Naib johan pertandingan ini disandang oleh SMK Kubong, Limbang, yang menerima hadiah wang tunai RM2,000, buku DBP dan sijil pengiktirafan, manakala tempat ketiga dimenangi oleh SMK Bintulu dengan hadiah wang tunai RM1,000, buku DBP serta sijil pengiktirafan.

Sementara itu, Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn berkata, selepas lebih tiga dekad penganjuran, pertandingan ini sudah tentu menjadi platform penting dalam mengenal pasti, membimbing dan mengembangkan bakat pelajar dalam bidang komunikasi.

Beliau turut menegaskan bahawa forum remaja seperti ini bukan sekadar pertandingan semata-mata, tetapi sebahagian daripada ekosistem pendidikan holistik yang menyokong usaha kerajaan Sarawak dalam melahirkan modal insan seimbang dan berdaya saing.

“Pendidikan merupakan satu pelaburan jangka panjang yang mendasari pembangunan Sarawak.

“Ini selaras dengan aspirasi Sarawak sebagai negeri maju, inklusif dan makmur menjelang tahun 2030 seperti yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030),” katanya.

Turut hadir Ketua Pengarah DBP Malaysia Dr Hazami Jahari, Setiausaha Tetap Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Adana Jed dan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak Omar Mahli. -UKAS

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Malaysia anjur pameran pendidikan tinggi terbesar di Indonesia
Next: KPM bincang hadkan jumlah guru sertai aktiviti luar sekolah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.