Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • POSKOM 2025 perkukuh jalinan komuniti dan promosi perkhidmatan JKM di Bintangor
  • Tengah
  • WILAYAH

POSKOM 2025 perkukuh jalinan komuniti dan promosi perkhidmatan JKM di Bintangor

Utusan Sarawak 1 day ago
RASMI…..ADUN Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing merasmikan majlis penutupan POSKOM di Dewan Masyarakat Meradong. Foto UKAS

BINTANGOR: Lebih 10 perkhidmatan terus kepada rakyat luar bandar ditawarkan dalam Program Jangkauan Santuni Komuniti (POSKOM) 2025 anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bahagian Sarikei yang melabuhkan tirainya semalam di Dewan Masyarakat Meradong.

Program selama dua hari itu berjaya menarik penyertaan penduduk setempat melalui pelbagai perkhidmatan dan aktiviti seperti pendaftaran OKU, Kad Kenyalang Gold (KGC), sesi ceramah kebajikan, pemeriksaan kesihatan, aktiviti kanak-kanak dan sukaneka warga emas.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing berkata, beliau amat terharu kerana dapat bersama komuniti setempat di program tersebut.

“Kehadiran Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bahagian Sarikei ke Bintangor hari ini amat bermakna kerana bukan sahaja memberi pendedahan mengenai pelbagai perkhidmatan dan bantuan yang ditawarkan, malah aktiviti cetakan Kad Kenyalang Gold (KGC), kempen pendaftaran OKU serta program sosial bersama kanak-kanak dan warga emas juga turut diadakan.

“Saya juga berbesar hati kerana dapat bertemu secara bersemuka dan berkongsi maklumat penting dengan semua yang hadir,” katanya ketika berucap pada majlis penutupan POSKOM.

Tambah beliau, POSKOM merupakan inisiatif berterusan JKM Sarawak yang dilaksanakan di seluruh negeri sepanjang tahun.

“Harapan saya, program ini dapat memberi manfaat besar kepada komuniti dan disebarluaskan kepada mereka yang memerlukan.

“Syabas dan tahniah kepada JKM Sarawak atas usaha prihatin ini demi kesejahteraan rakyat.

“Saya menggesa agar semua yang hadir memanfaatkan peluang ini dan menyebarkan maklumat kepada mereka yang tidak dapat hadir,” katanya.

Tambahnya, penyampaian perkhidmatan secara bersemuka lebih efisien dan membantu pelanggan mendapatkan maklumat dengan jelas.

“Komunikasi dua hala dapat mengurangkan salah faham serta membina imej positif jabatan.

“Program ini juga menjadi platform mempromosi perkhidmatan kepada pihak berkepentingan dan menggalakkan penyertaan dalam program ‘WeCare WeShare’, serta memperkukuh penggunaan digital dan mempertingkat imej jabatan.

“Pelaksanaan program ini hanya dapat direalisasikan melalui kerjasama erat daripada semua pihak, termasuk klien JKM, Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK), agensi rakan strategik serta komuniti setempat yang menjadi tonggak utama kejayaan program,” katanya lagi.

Turut hadir ialah Pengarah JKM Sarawak Semawi Mohamad, Pegawai Daerah Meradong Thomas Geoffrey Kendawang, Pegawai Kebajikan Bahagian Sarikei Uwieng Gimos dan Pemanca Rapen Angga.

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: Todak Berjaya dinobat ‘Raja Sungai’ Regata Kalaka 2025
Next: Latihan ‘Beg Angkat Udara’ tingkat kecekapan anggota Bomba Bintangor

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.