Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • RSK 2025 kukuh perpaduan pelbagai kaum di Limbang
  • Utara
  • WILAYAH

RSK 2025 kukuh perpaduan pelbagai kaum di Limbang

Utusan Sarawak 2 days ago
TERIMA KASIH...Nur Aida menyampaikan cenderamata penghargaan kepada Henry Sum atas sokongan kepada program pembangunan sosial di Lawas.

LAWAS: Kestabilan ekonomi, sosial dan politik dalam negara hanya akan dapat dicapai melalui perpaduan dan keharmonian masyarakat majmuk.

Ahli Parlimen Lawas, Dato’ Henry Sum Agong berkata, keharmonian yang dinikmati hari ini perlu dikekalkan dan dipelihara sebaiknya untuk diwarisi generasi akan datang.

“Perpaduan tidak datang bergolek, ia perlu dipupuk sejak kecil agar nilai ini dapat dihayati sepanjang hayat,” katanya ketika merasmikan Program Randau Solidariti Komuniti (RSK) Bahagian Limbang 2025 di Dewan Kampung Luagan, Sundar, hari ini.

Program anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) itu disertai lebih 350 peserta pelbagai kaum, bertujuan memperkukuh perpaduan dan keharmonian sosial dalam kalangan komuniti.

Henry berkata, pelaksanaan aktiviti seperti mini solidariti townhall, dialog isu sosial, sukan solidariti komuniti dan malam solidariti memberi ruang kepada peserta untuk memahami dan menghayati nilai kebersamaan tanpa mengira kaum, agama, usia dan latar belakang.

“Melalui hubungan yang baik, masyarakat akan lebih bersatu dalam memperkukuh keharmonian sosial di daerah kecil Sundar ini.

“Apabila kesefahaman dan kebersamaan menjadi budaya, lebih mudah untuk kita menangani isu dan cabaran sosial secara bersepadu,” ujarnya.

Menurut beliau lagi, masyarakat yang bersatu padu dan utuh akan memudahkan pelaksanaan pembangunan secara menyeluruh kerana ekonomi dan fizikal boleh dibangunkan dalam suasana aman dan harmonis.

Turut hadir ialah Penolong Setiausaha KPWK Sarawak Nur Aida Roslan, Wakil Residen Bahagian Limbang Aspalela Mohamad Sahmoni, Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Awangku Jinal Abedin Pengiran Dato Jawa, Pegawai Daerah Lawas Ladin Atok dan Ketua Polis Daerah Lawas, DSP Liong Anak Tindan.

Oleh Adeng Edrus

Continue Reading

Previous: Komuniti DUN Marudi terima peruntukan MRP RM230,000
Next: Todak Berjaya dinobat ‘Raja Sungai’ Regata Kalaka 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.