Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Semangat hargai ibu bapa, guru perlu disemai sejak awal
  • PENDIDIKAN

Semangat hargai ibu bapa, guru perlu disemai sejak awal

Utusan Sarawak 13 hours ago
UNTUK ALBUM… Datuk Ding Kuong Hiing bergambar bersama tetamu jemputan serta warga SJKC Ming Chiang. 

BINTANGOR: Semangat menghargai jasa ibu bapa dan guru harus disemai dalam diri generasi muda sejak awal, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing.

Katanya, ia adalah sebagai asas kepada pembentukan masyarakat yang penuh nilai dan berbudaya. 

“’Penghargaan’ adalah watak dan sikap positif terhadap kehidupan.

“Ia lahir daripada keikhlasan mengenang kebaikan orang lain serta kesediaan untuk menyatakan rasa terima kasih melalui tindakan yang nyata,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Sanjungan Budi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Ming Chiang 2025 yang diadakan bagi meraikan sambutan Hari Ibu Bapa dan Hari Guru secara serentak, baru-baru ini. 

Katanya, majlis tersebut bukan sahaja menyemai semangat kekeluargaan, malah memberi ruang kepada semua untuk merenung kembali jasa mereka yang sentiasa berada di sisi sepanjang kehidupan.

“Nilai berbakti kepada ibu bapa dan menghormati guru adalah akar budaya masyarakat Cina yang harus dipertahan dan dikembangkan dalam dunia moden.

“Seorang anak yang bersyukur akan membesar menjadi insan yang bertimbang rasa; murid-murid yang menghormati guru pula akan membawa harapan kepada masa depan negara. 

“Nilai moral ini lebih penting daripada pencapaian material semata-mata,” katanya. 

Tambahnya, ibu bapa inginkan semua anak-anak mereka berjaya tanpa mengharapkan balasan dan kasih sayang mereka tidak pernah berkurang biarpun diuji oleh masa dan keadaan.

“Pada hari ini, beranikan diri untuk berkata kepada ibu bapa anda: Terima kasih, saya sayang kamu. Itu adalah ungkapan yang ringkas, tetapi memberi makna besar. 

“Manakala, guru pula bukan sekadar penyampai ilmu, tetapi pencorak jiwa dan pembimbing arah kehidupan. 

“Maka jasa dan pengorbanan mereka wajib kita kenang sepanjang hayat,” katanya. 

Turut hadir Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Meradong, Luk Teck Sing; Penasihat Lembaga Pengelola Sekolah SJKC Ming Chiang, Ling Nai Shieng; Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah, Wong Kuong Yeu; Pengerusi PIBG, Yu Chee Sieng serta Guru Besar SJKC Ming Chiang, Nurul Ain Lee Abdullah.

Oleh Earl Anek 

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Penglibatan guru perkukuh KRS, bina jati diri murid lebih berkesan
Next: Kerjasama PTTEP-UTS buka laluan pembangunan tenaga mahir tempatan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.