ZARINA ABDULLAH
MIRI: Sarawak Forestry Corporation (SFC) berjaya menangkap seekor buaya sepanjang sembilan kaki di Marina Bay, di sini, pada Ahad.
Menurut kenyataan dari SFC, bertindak atas maklumat orang ramai, buaya yang dilihat di sekitar Marina Bay, Miri itu telah berjaya ditangkap oleh Pasukan Tindakan Hidupan Liar Swift (SWF) SFC.
“Selepas mendapat makluman dari orang ramai pada 8 April, pasukan SFC SWAT di Miri dibantu oleh pasukan Marina Bay segera memasang sangkar di Marina Bay pada 9 April.
“Ia mengambil masa empat hari sebelum buaya berukuran sembilan kaki itu berjaya ditangkap.
“Buaya kini disimpan di Benaya Crocodile Farm,” kata kenyataan itu.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif SFC Zolkipli Mohamad Aton yang juga Pengawal Hidupan Liar, mengingatkan orang ramai untuk memaklumkan pejabat SFC berhampiran sekiranya ada buaya di kawasan masing-masing dan tidak menyelesaikan perkara itu mengikut perkiraan tindakan masing-masing.
“Buaya mungkin boleh menjadi agresif jika diprovokasi.
“Buaya di habitat mereka tidak boleh dianggap sebagai ancaman, tetapi lebih banyak lagi peranan penting dalam memastikan ekosistem berfungsi dan seimbang,” katanya.
Talian SFC di pelbagai daerah dapat dihubungi di 016-8565564 atau 019-8859996 (Kuching), 019-8883561 (Sibu), 019-8223449 atau 019-8332737 (Bintulu) dan 019-8290994 atau 018-9799778 (Miri).