
KUALA LUMPUR: Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM14.72 bilion dalam sistem konvensional dan RM31.54 bilion dalam dana Islam.
Hari ini, BNM akan menjalankan tender repo berbalik bernilai RM2.5 bilion untuk tujuh hari, tender repo berbalik Islam bernilai RM480 juta untuk tujuh hari dan tender repo berbalik semalaman bernilai RM5.0 bilion untuk sehari.
Bank pusat turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu minggu, satu bulan dan tiga bulan.
Pada 4.00 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM22.2 bilion dan tender semalaman murabahah sehingga RM32.0 bilion.
–Bernama