Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Kebakaran sisa sawit di Ladang Kosa 2 berjaya dipadam pantas
  • KEBAKARAN

Kebakaran sisa sawit di Ladang Kosa 2 berjaya dipadam pantas

Utusan Sarawak 3 days ago
PADAM… Kelihatan anggota bomba sedang melakukan kerja pemadaman kebakaran longgokan sisa sawit di Ladang Kosa 2, Jalan Pan Borneo Miri Bintulu sekitar 2.00 pagi tadi.

BATU NIAH: Kebakaran melibatkan longgokan sisa sawit di Ladang Kosa 2, Jalan Pan Borneo Miri–Bintulu, awal pagi tadi berjaya dikawal dan dipadamkan oleh pasukan bomba dalam tempoh singkat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Niah, PBT I Rary Binjie berkata, sebaik menerima panggilan kecemasan pada 2.01 pagi, sepasukan anggotanya telah bergegas ke lokasi.

Katanya, Pasukan Keluaran Operasi (PKO) tiba pada 2.23 pagi di lokasi yang sejauh 21 kilometer dari balai mendapati benar longgokan sisa sawit terbakar.

“Operasi pemadaman dimulakan segera dengan penggunaan satu aliran salur bantu mula menggunakan air dari tangki jentera,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Operasi diketuai Jeffery Majin bersama lima anggota dan sebuah jentera pemadam, kebakaran berjaya dikawal pada 2.34 pagi dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada 2.47 pagi.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian ini.

Oleh Adum Liu

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Rumah musnah dalam kebakaran di Tudan Desaras Fasa 6
Next: Rumah musnah sepenuhnya, kebakaran di Pujut Tanjong Batu 3

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.