Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Pasukan We Auto Spray dinobat juara Pertandingan Bola Keranjang
  • SUKAN

Pasukan We Auto Spray dinobat juara Pertandingan Bola Keranjang

Utusan Sarawak 18 hours ago
PERTANDINGAN Bola Keranjang 3×3 bersempena penganjuran Pesta Saratok 2025 di Gelanggang SJK Min Syn, di sini, malam tadi. Foto: Pusat Khidmat ADUN Kalaka

SARATOK: Pasukan We Auto Spray muncul juara dalam Pertandingan Bola Keranjang 3×3 bersempena penganjuran Pesta Saratok 2025 di Gelanggang Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Min Syn, di sini, malam tadi.

Dengan kejayaan itu pasukan We Auto Spray berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM500 berserta piala dan pingat, manakala pasukan XD Enterprise berada di tempat kedua sekali gus berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM300 dan pingat.

Pasukan ME muncul di tempat ketiga dan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM200 dan pingat, manakala pasukan Hot Boiling berada di tempat keempat.

Sementara itu, pasukan MSBC dinobatkan sebagai juara pertandingan bagi kategori wanita.

Kesemua hadiah disampaikan oleh Ahli Majlis Daerah Saratok, Kaunselor Majid Amit Zainuddin yang mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri.

Menurut Mohamad Duri, Pesta Saratok tahun ini dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti dan program yang bukan sahaja menceriakan suasana, malah turut mengeratkan serta menyemai keharmonian hidup komuniti yang berbilang kaum dan bangsa serta agama yang bermastautin di Daerah Saratok.

“Penglibatan komuniti Cina melalui penganjuran Pertandingan Bola Keranjang 3×3 tahun ini amat bermakna, kerana ia mencerminkan perpaduan dan keharmonian yang sangat baik dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum di DUN Kalaka.

“Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada Persatuan Chiang Chuan Saratok serta semua pihak yang berganding bahu menjayakan pertandingan ini,” katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi Pertandingan, Pemanca Lim Guan Ann berkata barisan Pemuda dan belia komuniti Cina yang diketuai oleh Jason Gan turut serta mewarnai Pesta Saratok 2025 dengan membantu menganjurkan Pertandingan Bola Keranjang 3×3 bersempena Pesta Saratok anjuran Persatuan Chiang Chuan Saratok.

Tambah beliau, pertandingan kali ini mendapat sambutan menggalakkan dengan penyertaan pasukan dari Sarikei, Betong, Sri Aman serta pasukan tempatan dari Saratok sendiri.

Turut hadir Pegawai Daerah Saratok, Mohammad Dino Amid, Kapitan Eng Kie dan Jason Gan.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Kuching Zumba Fiesta sasar pecah dua rekod Malaysia sempena ulang tahun ke-10
Next: MHAS lancar larian amal kesihatan mental 1.0, daftar kini dibuka

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.