Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • MPKS perkasa kesedaran bahaya dadah menerusi program komuniti
  • Selatan
  • WILAYAH

MPKS perkasa kesedaran bahaya dadah menerusi program komuniti

Utusan Sarawak 23 hours ago
POSTER Program Cegah Sebelum Parah.

KOTA SAMARAHAN: Dalam usaha memperkukuh kesedaran masyarakat terhadap bahaya penyalahgunaan dadah, Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS), dengan kerjasama pelbagai agensi, menganjurkan program Cegah Sebelum Parah yang akan berlangsung di Dewan Warisan, Sadong Jaya, pada Sabtu ini.

Program tersebut akan bermula dari 7.30 pagi hingga 1.00 tengah hari menampilkan pelbagai aktiviti menarik, termasuk ceramah berkaitan kesihatan mental serta pencegahan dadah oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Narkotik IPD Samarahan dan Jabatan Penjara.

Turut diadakan ialah sesi perkongsian kisah kejayaan oleh individu yang pernah terjebak dalam penyalahgunaan dadah.

Selain itu, para pengunjung berpeluang mengunjungi pameran agensi yang menyediakan maklumat berkaitan pencegahan dadah serta menyaksikan demonstrasi khas daripada Unit Anjing K9 Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Program turut dimeriahkan dengan acara cabutan bertuah sebagai galakan penyertaan komuniti.

Program ini dianjurkan dengan kerjasama pelbagai pihak, termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pejabat Belia dan Sukan Sadong Jaya, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Penjara Malaysia, GIATMARA, Kementerian Pendidikan (KPM) serta agensi-agensi berkaitan yang lain.

Inisiatif ini diharap dapat menjadi platform berkesan dalam menyampaikan mesej ‘Just Say No to Drugs’ kepada masyarakat, khususnya golongan muda.

Oleh Norman B.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Federal funds approved for drainage in Lorong Kedandi 
Next: Kampung Buangsiol giat persiapkan diri untuk Pertandingan Bina Insan Gemilang Kebangsaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.