Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 419 projek pembangunan pacu kemajuan luar bandar Betong
  • Selatan
  • WILAYAH

419 projek pembangunan pacu kemajuan luar bandar Betong

Utusan Sarawak 14 hours ago
DATUK Amar Douglas Uggah Embas telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Khas BDDA Bil. 2/2025 yang diadakan di Wisma Bapa Malaysia, di sini, hari ini. Foto: Pusat Khidmat ADUN Kabong

PETRA JAYA: Agenda pembangunan luar bandar terus dipacu secara strategik menerusi pelaksanaan 419 projek merangkumi enam sektor utama oleh Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA).

Projek yang dirancang bukan sahaja memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur fizikal, malah turut merangkumi aspek sosial, ekonomi serta kesejahteraan komuniti luar bandar.

Enam sektor pembangunan utama telah dikenal pasti, termasuk sektor infrastruktur dengan 99 projek di bawah kendalian Jabatan Kerja Raya (JKR), sektor agropertanian melibatkan 215 projek oleh Jabatan Pertanian serta sektor sosial dan hal ehwal wanita yang merangkumi 49 projek di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Selain itu, sektor industri dan keusahawanan melibatkan 29 projek yang dikendalikan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Perindustrian dan Pelaburan (MINTRED), sektor pelancongan dan alam sekitar dengan 11 projek di bawah Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan (MTCP) serta sektor utiliti dan telekomunikasi yang merangkumi 16 projek di bawah Kementerian Utiliti.

Sementara itu, Timbalan Premier Sarawak yang juga Pengerusi BDDA, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Khas BDDA Bil. 2/2025 yang diadakan di Wisma Bapa Malaysia, di sini, hari ini.

Mesyuarat tersebut turut dihadiri barisan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari kawasan terlibat, serta wakil-wakil daripada agensi pelaksana dan jabatan teknikal berkaitan.

Antara agenda utama yang dibentangkan dalam mesyuarat ini termasuk taklimat status permohonan pertapakan oleh Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Betong, pelaporan prestasi fizikal dan kewangan projek BDDA sehingga Jun 2025, pengesahan senarai projek baharu dan pindaan (NOC).

Selain itu, perbincangan perkara berbangkit daripada mesyuarat terdahulu serta laporan status pelaksanaan projek mengikut enam sektor pembangunan utama.

Mesyuarat ini bukan hanya meneliti status kemajuan semasa, malah bertujuan menyelaras tindakan dan menyelesaikan isu berbangkit antara agensi pelaksana supaya setiap projek dapat direalisasikan dengan lebih cekap dan berkesan.

Dalam perkembangan berkaitan, ADUN Kabong, Dato Mohd Chee Kadir memaklumkan bahawa kawasan Kabong telah dikenal pasti menerima manfaat daripada 102 projek pembangunan, merangkumi pelbagai sektor strategik.

“Daripada jumlah itu, 67 projek masih dalam peringkat perancangan, dua projek sedang dalam pelaksanaan dan mengikut jadual, manakala 33 projek telah siap sepenuhnya,” katanya.

Menurut beliau, angka ini menunjukkan kesungguhan kerajaan untuk memastikan kawasan luar bandar seperti Kabong tidak terpinggir, malah terus menjadi sebahagian daripada gelombang pembangunan negeri.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Gangguan bekalan air berjadual di Bau pada 10 Julai 2025
Next: Federal funds approved for drainage in Lorong KedandiĀ 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.