Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Air Supply bakal gegar Kuching September ini
  • HIBURAN

Air Supply bakal gegar Kuching September ini

Utusan Sarawak 1 day ago
PENAMPILAN kumpulan legenda Air Supply sememangnya ditunggu peminat.

KUCHING: Buat julung kalinya, kumpulan legenda Air Supply akan membuat persembahan di Kuching, membawakan hampir lima dekad lagu-lagu hit abadi dan penuh nostalgia dalam sebuah konsert istimewa untuk satu malam sahaja.

Konsert yang pasti meninggalkan kenangan ini akan berlangsung pada 24 September 2025, di Dewan SBC, No. 70, Jalan Seladah, Off Jalan Song, Kuching, Sarawak, Malaysia. Ia dianjurkan oleh penganjur konsert terkemuka, Twig Events.

Sejak ditubuhkan pada 1975, duo Graham Russell dan Russell Hitchcock telah menawan hati peminat dari pelbagai generasi menerusi lagu-lagu malar segar seperti Lost in Love, All Out of Love, dan Making Love Out of Nothing At All.

Mereka telah menyamai rekod The Beatles dengan lima lagu berturut-turut dalam carta Top 5 Billboard, menjual lebih 20 juta album, dan menghiburkan jutaan peminat di seluruh dunia termasuk dalam konsert bersejarah yang dihadiri 175,000 penonton di Cuba.

Sebagai kumpulan pop Barat terawal yang mengadakan konsert jelajah di China, Air Supply turut membuka laluan kepada muzik antarabangsa merentas sempadan baharu.

Lagu-lagu mereka telah diputarkan lebih tiga juta kali di seluruh dunia, sekali gus membawa penghormatan khas BMI Million-Air kepada Graham.

Kini, sempena sambutan ulang tahun ke-50, Air Supply melancarkan Jelajah Dunia 2025 yang menandakan permulaan babak baharu seiring dengan tayangan filem biografi All Out of Love: The Air Supply Story, pementasan muzikal Broadway, sebuah autobiografi yang bakal diterbitkan, dan album studio terbaharu mereka bertajuk A Matter of Time.

Peminat di Kuching akhirnya akan berpeluang menyaksikan persembahan secara langsung duo legenda ini bersama kumpulan muzik pengiring hebat di bawah pimpinan pengarah muzik Aaron McLain dalam sebuah malam yang penuh muzik, kenangan dan romantis di Dewan SBC.

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Lagu Melayu asli bergema di Pentas Orchestra DFP
Next: Bob Yusof bakal meriahkan Pesta Saratok 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.