Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Gangguan bekalan air berjadual di Bau pada 10 Julai 2025
  • Selatan
  • WILAYAH

Gangguan bekalan air berjadual di Bau pada 10 Julai 2025

Utusan Sarawak 12 hours ago
NOTIS pemberitahuan gangguan bekalan air berjadual di Bau pada 10 Julai 2025.

BAU: Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak (JBALB) memaklumkan bahawa gangguan bekalan air berjadual akan berlaku pada 10 Julai 2025, dari 9.00 pagi hingga 5.00 petang, melibatkan kawasan Jalan Bung Konis dan Kampung Tanjong Poting, Daerah Bau, Bahagian Kuching.

Menurut kenyataan rasmi JBALB, gangguan ini bertujuan memberi laluan kepada kontraktor menjalankan kerja-kerja pengalihan paip HDPE bersaiz 160mm, sebagai sebahagian daripada projek penaiktarafan jalan Kampung Tanjong Poting / Senibong / Tanjong Bowang, Bau.

JBALB menasihatkan penduduk yang terjejas agar membuat persediaan awal dengan menyimpan bekalan air yang mencukupi sepanjang tempoh gangguan.

Pihak JBALB juga memberi jaminan bahawa segala usaha akan dilakukan bagi mempercepatkan kerja-kerja dan memastikan bekalan air dipulihkan secepat mungkin.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pusat Panggilan JBALB Sarawak: 082-262211, Pejabat JBALB Bau: 082-767141 (Waktu pejabat sahaja), Laman web: https://jbalb.sarawak.gov.my dan Facebook: JBALB Sarawak.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Huang terima dua jemputan kehormat dari persatuan tempatan Sarikei
Next: 419 projek pembangunan pacu kemajuan luar bandar Betong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.