Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • APM musnahkan sarang tebuan tanah bersarang dalam stor
  • Utara
  • WILAYAH

APM musnahkan sarang tebuan tanah bersarang dalam stor

Utusan Sarawak 1 day ago
TEBUAN TANAH… Sarang tebuan sebesar tayar kancil berjaya dimusnahkan APM Limbang.

LIMBANG: Sekumpulan tebuan tanah dikesan bersarang di dalam sebuah stor penternakan kerbau di Kampung Medamit, di sini.

Pasukan Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Limbang mengambil masa sekitar sejam untuk memusnahkan sarang tebuan bersaiz sebesar tayar kereta Kancil dalam operasi yang dijalankan petang semalam.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Limbang Kapten (PA) Bonnie Madisun berkata sepasukan anggotanya diketuai Koperal (PA) Mohd Arif Midun bergegas ke lokasi kejadian di yang jauhnya 40 kilometer Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Limbang sebaik menerima panggilan kecemasan 5.37 petang.

SARANG MUSNAH… Anggota APM Limbang menunjukkan sarang tebuan tanah yang ditemui dalam stor penternakan kerbau di Kampung Medamit.

Sebaik tiba di lokasi, anggota kita berjumpa dengan pengadu bagi memastikan keberadaan sarang tebuan yang berada di dalam stor berkenaan

“Sarang tebuan sebesar tayar kancil berjaya dihapuskan dengan menggunakan kaedah bakar dan semburan racun serangga,” katanya kepada media.

Operasi memusnah sarang tebuan itu mengambil masa sejam dan operasi berakhir pada 7.28 malam tadi. Oleh Adeng Edrus

Tags: Utara

Continue Reading

Previous: Limbang alami gangguan bekalan air, pembaikan dijangka selesai petang ini
Next: Komuniti MADANI terus galak perpaduan, kesedaran keselamatan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.