Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Terapkan penguasaan teknologi masa kini, pacu pertanian moden
  • PENDIDIKAN

Terapkan penguasaan teknologi masa kini, pacu pertanian moden

Utusan Sarawak 1 day ago
DATUK Mong Dagang merasmikan Majlis Penutupan Kursus Pengurusan Teknologi Tanaman Nanas, hari ini. Foto Pusat Khidmat ADUN Bukit Begunan

SIMANGGANG: Penganjuran Kursus Pengurusan Teknologi Tanaman Nanas yang dianjurkan oleh Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) dan Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak (Sarawak Skills) amat penting dalam membantu meningkatkan kemahiran masyarakat tempatan khususnya dalam bidang pertanian moden. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Begunan, Datuk Mong Dagang berkata program ini juga dilihat mampu memberi nilai tambah kepada para peserta dalam menceburi bidang keusahawanan serta menyumbang ke arah peningkatan taraf ekonomi penduduk setempat.

“Saya menggesa agar program kemahiran seperti ini diperluaskan dengan lebih banyak kawasan termasuk di sekitar Bukit Begunan, bagi memastikan lebih ramai masyarakat mendapat manfaat secara langsung daripada inisiatif sebegini,” katanya semasa merasmikan Majlis Penutupan Kursus Pengurusan Teknologi Tanaman Nanas, dekat sini hari ini.

Mong turut menekankan bahawa penguasaan teknologi masa kini, termasuk teknologi pertanian moden, sangat penting seiring dengan perkembangan dunia digital.

“Justeru, Kursus Pengurusan Teknologi Tanaman Nanas ini dilihat sangat tepat dan relevan dengan keperluan semasa.

“Saya berharap para peserta dapat mengaplikasikan ilmu dan kemahiran yang diperolehi untuk meningkatkan taraf hidup keluarga serta menjadi contoh kepada masyarakat setempat,” jelasnya.

Dalam masa yang sama, beliau turut mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada LPNM dan Sarawak Skills atas kejayaan menganjurkan program tersebut serta menyarankan agar lebih banyak program seumpamanya diteruskan pada masa akan datang.

Oleh Adi Safarman

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: YSISS ubah landskap pendidikan pelajar Sarawak
Next: Pendidikan proses bentuk jati diri, masa depan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.