Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • INSPIRASI
  • Pemuda Sarawak terpilih antara 10 terbaik Felo Pencipta Muda 2025
  • INSPIRASI

Pemuda Sarawak terpilih antara 10 terbaik Felo Pencipta Muda 2025

Utusan Sarawak 2 days ago
TELFORD Engan Tan, 19, dari Kuching, antara 10 peserta terpilih di peringkat nasional menyertai Program Felo Pencipta Muda 2025 anjuran Malaysiakini.

KUCHING: Anak muda Sarawak, Telford Engan Tan, 19, melakar pencapaian membanggakan apabila terpilih sebagai salah seorang daripada 10 peserta terbaik peringkat nasional dalam program Felo Pencipta Muda 2025 anjuran Malaysiakini.

Pelajar jurusan undang-undang dan aktivis belia dari Kuching itu berjaya menarik perhatian menerusi projek video bertajuk ‘Young Change-Maker’ yang mengetengahkan tema perpaduan, warisan budaya dan identiti komuniti peribumi Sarawak, sekali gus memperlihatkan kekuatan Malaysia melalui kepelbagaian budaya.

Program berprestij itu menerima lebih 120 penyertaan dari seluruh negara dan disaring menerusi bengkel latihan media selama dua hari sebelum 10 peserta akhir dipilih untuk mengikuti program tajaan penuh di Kuala Lumpur dari 16 hingga 18 Julai ini.

“Lebih daripada sekadar penceritaan, penyertaan anak muda dalam kewartawanan membolehkan kami mempersoal, menilai dan membentuk naratif masa depan. Kita perlukan lebih ramai anak muda Sarawak yang celik dan terlibat secara langsung,” kata Telford dalam satu kenyataan.

Sebagai peserta terpilih, Telford akan berpeluang mengikuti lawatan ke beberapa organisasi media utama negara termasuk Media Prima, RTM, Astro Awani dan Bernama.

Selain itu, beliau juga akan menerima bimbingan secara peribadi daripada wartawan berpengalaman serta berpeluang membentangkan projek videonya di Universiti Monash Malaysia di hadapan editor kanan dan pembuat dasar.

Program ini turut disokong oleh Kementerian Komunikasi Malaysia dan bertujuan memperkasa suara golongan muda dalam membentuk lanskap media yang lebih inklusif, progresif dan bertanggungjawab.

Sebagai kemuncak program, semua peserta akan bersaing merebut ganjaran keseluruhan bernilai RM17,000.

Oleh Shikin Mahmud.

Tags: inspirasi

Continue Reading

Previous: Hampir maut di padang pasir, Zahariz terbit kisah kayuhan solo 7,000 km dalam buku
Next: Gabenor wanita Islam Melayu jadi obor perubahan di Wilayah Selatan Thailand

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.