Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Sumbangan ‘one off’ kepada 12 penerima di DUN Kabong
  • WILAYAH

Sumbangan ‘one off’ kepada 12 penerima di DUN Kabong

Utusan Sarawak 1 day ago
SUMBANGAN….Abdul Rahim bersama Asri dan Nur Elffi mewakili ADUN Kabong menyerahkan sumbangan ‘one off’ kebajikan dan pendidikan kepada pemohon yang layak dan berjaya dekat sini hari ini. Foto Pusat Khidmat ADUN Kabong

KABONG: Sumbangan ‘one off’ kebajikan dan pendidikan untuk penduduk yang memerlukan di sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kabong telah disampaikan kepada 12 penerima dekat sini hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir berkata sumbangan kepada 12 penerima tersebut adalah bertujuan untuk melakukan pemeriksaan lanjut di hospital serta melanjutkan pelajaran di institut pendidikan.

“Saya berharap agar sumbangan ini dapat meringankan beban kos rawatan dan pendidikan yang perlu ditanggung oleh para penerima serta menjadi pemangkin semangat untuk terus berusaha ke arah kehidupan yang lebih baik,” katanya.

 SUMBANGAN….Abdul Rahim bersama Asri dan Nur Elffi mewakili ADUN Kabong menyerahkan sumbangan ‘one off’ kebajikan dan pendidikan kepada pemohon yang layak dan berjaya dekat sini hari ini. Foto Pusat Khidmat ADUN Kabong

Dalam pada itu, Ketua Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Kabong, Abdul Rahim Peli telah mewakili ADUN Kabong menyerahkan sumbangan ‘one off’ kebajikan dan pendidikan kepada pemohon yang layak dan berjaya dekat sini hari ini.

Mengulas lanjut, Chee Kadir berkata walaupun sumbangan yang disampaikan itu tidak seberapa namun ia diyakini akan memberi makna yang besar kepada golongan tersebut kerana ia mampu meringankan sedikit beban kepada penerima.

“Diharapkan sumbangan yang dihulurkan ini dapat meringankan beban golongan sasar dan saya yakin dengan usaha yang telah dilakukan ini, sudah pasti kebajikan golongan yang memerlukan bantuan akan terus dijaga,” katanya.

Beliau menambah, sumbangan yang disumbangkan secara ikhlas tanpa mengira bangsa, agama dan latar belakang politik kerana ini merupakan tanggungjawab sosial bersama bagi membantu golongan memerlukan.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 40 kakitangan PIB Miri sertai Kursus Pengurusan Stres
Next: Penduduk Paradom Tanjung Kunyit lega, projek baik pulih jalan siap sepenuhnya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.