Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Media digesa terus jadi suara rakyat
  • SEMASA

Media digesa terus jadi suara rakyat

Utusan Sarawak 22 hours ago
RAKAM KENANGAN… Dato Sri Fadillah Yusof bergambar kenangan bersama penerima Anugerah Apresiasi Khas Premier Sarawak 2025. Foto UKAS

KUCHING: Golongan pengamal media di seluruh negara digesa untuk terus memainkan peranan penting sebagai suara rakyat, penjaga integriti, serta rakan strategik kerajaan dalam membina landskap Malaysia MADANI yang inklusif, beretika dan berdaya tahan.

Timbalan Perdana Menteri, Dato Sri Fadillah Yusof berkata, kerajaan MADANI komited dalam membina ekosistem media yang beretika dan berdaya tahan.

Menurutnya, antara langkah besar dilaksanakan ialah pewartaan Akta Majlis Media Malaysia 2024 yang membuka jalan kepada sistem kawal selia kendiri (self-regulation) satu penanda aras kematangan dan kepercayaan terhadap industri.

“Ini bukan sekadar dasar. Ini pengiktirafan terhadap keringat, integriti dan peranan penting anda dalam masyarakat,” tegas beliau.

Beliau berucap demikian pada majlis makan malam sempena Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2025 Peringkat Sarawak dan Persidangan Media Sarawak (SMeC) 2025 di sini malam ini.

Selain itu katanya, langkah baharu memperkasa wartawan sambilan dan bebas seperti perlindungan SOCSO dan skim i-Saraan KWSP turut dilaksanakan selain diskaun tambang 50 peratus AirAsia ke destinasi ASEAN.

Dato Sri Fadillah turut menyentuh kepentingan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang menjadi tumpuan industri media masa kini, mengakui impaknya yang menyeluruh dari pekerjaan hingga privasi termasuk terhadap dunia kewartawanan.

“Persoalannya bukan sama ada AI akan membentuk masa depan, ia pasti akan. Persoalannya ialah, adakah kita yang akan membentuk AI, atau AI yang akan membentuk kita?

“Saya percaya pada kebijaksanaan kolektif. Dengan kehadiran lebih 600 pengamal media malam ini, saya yakin kita mampu dan akan bangkit menghadapi cabaran ini,” katanya lagi.

Beliau juga mengajak pengamal media menggunakan AI untuk memperkasa kewartawanan, sambil mengekalkan nilai empati, keadilan dan sensitiviti dalam kewartawanan.

Pada masa sama, beliau menzahirkan rasa bangga dengan keupayaan Sarawak menganjurkan SMeC yang menghimpunkan pengamal media dan pembuat dasar dalam satu ruang dialog profesional dan progresif.

Pada masa sama beliau turut mengumumkan dana kepada Kelab Kebajikan Kakitangan Unit Komunikasi Awam Sarawak (RM25,000), Kelab Belia Azam Bandar Kuching (RM25,000) Journalist Association of Kuching (KDJA) (RM15,000), Northern Sarawak Journalist Association (NSJA) (RM15,000), Sibu Journalists Association (SJA) (RM15,000) dan Institute of Rejang Journalists (IRJ) (RM15,000). – UKAS

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: HAWANA 2025 Sarawak tampil inklusif dengan SMeC 2.0, KASUMES
Next: Hakim Besar Malaya Hasnah Mohammed Hashim jalankan tugas Ketua Hakim Negara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.