Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Tarikh akhir kemuka borang nyata tahun taksiran 2024 pada 15 Julai ini – LHDN
  • SEMASA

Tarikh akhir kemuka borang nyata tahun taksiran 2024 pada 15 Julai ini – LHDN

Utusan Sarawak 1 day ago

PUTRAJAYA:  Tarikh akhir pengemukaan Borang Nyata (BN) Tahun Taksiran 2024 secara e-Filing bagi pembayar cukai yang menjalankan perniagaan adalah pada 15 Julai ini, demikian menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Dalam kenyataan hari ini LHDN memaklumkan bahawa kategori pembayar cukai terlibat adalah individu pemastautin yang menjalankan perniagaaan serta individu pemastautin (pekerja berpengetahuan, berkepakaran dan bukan warganegara memegang jawatan utama). 

Selain itu kategori lain membabitkan individu bukan pemastautin, individu bukan pemastautin (pekerja berpengetahuan), pertubuhan, harta pusaka dan keluarga sekutu Hindu.

LHDN memaklumkan pengemukaan borang nyata (BN) melalui e-Filing boleh dibuat menerusi portal MyTax di https://mytax.hasil.gov.my atau melalui portal rasmi di https://www.hasil.gov.my > MyTax > Perkhidmatan ezHasil > e-Filing.

Rujukan kepada borang-borang yang berkaitan boleh diperoleh menerusi pautan di https://www.hasil.gov.my/borang/muat-turun-borang/.

LHDN menyeru agar pembayar cukai melaksanakan tanggungjawab percukaian mereka dengan sempurna dan mematuhi tarikh akhir yang ditetapkan bagi mengelakkan sebarang penalti, kenaikan atau tindakan perundangan yang diperuntukkan di bawah Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967.

“Pembayar cukai juga dinasihatkan untuk memastikan semua maklumat peribadi dan butiran akaun bank dikemas kini serta lengkap semasa pengemukaan BN.

“Langkah ini penting bagi memastikan proses bayaran balik cukai (sekiranya berkenaan) dapat dilaksanakan dengan lancar tanpa sebarang halangan,” menurut kenyataan itu.– Bernama

Continue Reading

Previous: SPRM mula siasat projek MyKiosk
Next: Anggota JPJ menyamar penumpang pantau pemakaian tali pinggang keledar dalam bas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.