Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Mohd Shuhaily tekad perkukuh operasi AKPS, tingkat kawalan sempadan
  • NASIONAL

Mohd Shuhaily tekad perkukuh operasi AKPS, tingkat kawalan sempadan

Utusan Sarawak 14 hours ago

Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) yang baharu Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain mengimbas wajah semasa hadir pada hari pertama bertugas di bangunan Setia Perkasa hari ni.

PUTRAJAYA: Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain menzahirkan komitmen untuk memperkukuh peranan agensi itu agar lebih mantap dan relevan, selaras dengan hasrat serta hala tuju kerajaan dalam mempertingkat kawalan sempadan negara.

Mohd Shuhaily yang memulakan tugas secara rasmi hari ini berkata beliau telah mengadakan pertemuan dengan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Awang Alik Jeman yang memberikan mandat khusus berkaitan urusan pentadbiran AKPS.

“Insya-Allah, tugas saya adalah untuk memastikan AKPS ini dapat dilihat secara fizikal dalam masa yang terdekat.

“(Ini termasuk memastikan AKPS memberi) impak kepada masyarakat seperti yang dihasratkan kerajaan,” katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan rasmi Ketua Pengarah AKPS di sini, hari ini.

Terdahulu, Mohd Shuhaily tiba di pejabat AKPS pada kira-kira 9.15 pagi dan disambut oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Ismail Mokhtar serta Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Mohd Jasmi Mohd Juwahir.

Semalam, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata Mohd Shuhaily, 53, dilantik sebagai Ketua Pengarah AKPS bagi tempoh dua tahun mulai 1 Julai 2025 hingga 30 Jun 2027.

Mohd Shuhaily berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Hubungan Antarabangsa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Sarjana Sains Pengajian Strategik Universiti Teknologi Nanyang di Singapura.

Beliau pernah berkhidmat di Washington, Amerika Syarikat sebagai Pegawai Atase (Polis) dari 2010 hingga 2013 dan menyandang jawatan Pengarah JSJ Bukit Aman pada 15 Ogos 2023.

AKPS ditubuhkan secara rasmi selepas pewartaan Akta Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (Akta 860) pada 17 Okt 2024, dan diterajui oleh Datuk Seri Hazani Ghazali sebagai Ketua Pengarahnya yang pertama.

AKPS berfungsi sebagai agensi tunggal di sempadan, menyatukan kepakaran dan sumber dari pelbagai jabatan kerajaan untuk menyelaraskan operasi di semua pintu masuk negara.– BERNAMA

Continue Reading

Previous: Cuaca panas, kurang hujan di kebanyakan tempat mulai esok hingga 1 Julai – MetMalaysia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.